Ulangtahun Zalipah (bukan sahaja sebagai pembantu saya di tempat kami mencari rezeki tetapi lebih kepada kawan baik buat saya) telah lama berlalu. Ini hadiah kecil untuk sahabat susah senang saya. Terima kasih kerana bersahabat dengan saya. Saya bersyukur punya awak sebagai sahabat.
Apa lagi kita bagi coklat dalam usaha menaikkan berat badannya. Cik Puan Zalipah sekarang sedang mengandung anak ketiga, mengadu berat badannya tak naik. Tak macam perempuan mengandung yang lain. Ada empat jenis perisa iaitu coklat susu gajus, coklat gajus, coklat mentega kacang dan coklat kopi.

Saya buat coklat ini berdasarkan resepi daripada Chef Amer, "Terokai Rahsia Coklat".
Selamat ulangtahun Ipah. Semoga selamat melahirkan (kami selalu berikut-ikut, jangan marah!), panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Amin.
Comments
Post a Comment