Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Lempeng Nasi

Ada lebihan nasi semalam. Biasanya lebihan nasi ini selain daripada buat nasi goreng, saya akan kisar buat cucur nasi. Apabila terjah blog Mat Gebu yang terkenal itu, rasa teringin pula hendak makan lempeng nasi. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Tak buat banyak pun sebab lebihan nasinya pun sedikit sahaja. Seorang dapat sekeping hahaha... Ini percubaan namanya. Kalau anak-anak berkenan, saya boleh buat lagi nanti. Sesiapa yang hendak mencuba, silakan ke blog Mat Gebu . Saya tambah gula pada adunan kerana suami dan anak-anak kurang gemar makan cicah dengan gulai kari. Mereka makan lempeng begitu saja. Kebetulan saya buat gulai kari ikan sardin. Saya seorang sahajalah yang makan bercicah. Seperti kebiasaannya, Kak Long sekeping itupun tak habis. Saya paksa juga Kak Long habiskan. Kesudahannya anak saya itu muntah dalam kereta ayahnya. Anak, anak kenapalah susah sangat hendak makan? Sedih tau!

Strawberry Smoothie

Strawberry dari Tanah Rata itu, harganya lebih murah atau mahal? Kami selalu singgah pergi balik, kalau balik ke kampung di Pantai Timur. Jarang membeli kerana anak-anak kurang suka. Saya pun belum dapat satu-satu resipi yang betul-betul mampu memikat selera anak-anak kepada buah ini. Ini kali pertama saya buat starwberry smoothie. Sedap. Proses menyediakannya juga mudah dan ringkas. Bahan-bahan 10 biji buah strawberi 2 cawan susu segar 1 cawan yogurt gula atau madu jika suka 1. Kisar kesemua bahan. 2. Tuang dalam gelas. 3. Tambah ais jika suka. Sedia untuk dihidangkan. Seronok seketika sebab saya berjaya buat anak-anak sama menikmati hidangan yang menyelerakan dan berkhasiat ini. Bukan senang hendak buat anak-anak terutamanya Kak Long untuk makan atau minum. Minuman ini juga bagus untuk menggelakkan sembelit. Tapi hanya sekali sahaja berjaya membuatkan Kak Long menikmatinya. Maksudnya kena cuba cara lain pula kan. Tarik nafas panjang-panjang. H...

Taman Burung Kuala Lumpur

Apa yang anda lakukan pada cuti hari Wilayah Persekutuan lepas? Kami sekeluarga ke Taman Burung Kuala Lumpur . Sempena sambutan hari Wilayah 2013, harga tiket masuk ke Taman Burung hanya RM 1.00 bagi pemegang MyKad. Kadar bayaran biasa adalah RM 25.00 bagi pemegang MyKad. Kanak-kanak dari umur 3 hingga 12 tahun pula, harga tiket adalah RM12.00 . Memang ramai pengunjung. Mujur kami dapat parkir berdekatan. Oleh sebab hari Wilayah pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat, kami ke sana sebelah petang. Lagipun beberapa hari ini, cuaca panas terik. Seperti biasa, pengunjung tidak dibenarkan membawa bekalan makanan dan minuman dari luar. Minuman itulah masalahnya. Keadaan cuaca yang panas, hendak tak hendak kena juga membeli. Harganya hmmm, hmmm.   Pengunjung bebas bergambar dan memberi makan pada burung-burung. Mula-mula anak-anak takut kerana burung-burung berkeliaran di sana sini. Lama kelamaan mereka mula memberanikan diri. Oleh kerana kami agak lewat, kami terlepas pertunjuk...

Klinik Wangsa Sdn Bhd

Alhamdulillah keadaan kesihatan Adik Fitri semakin pulih. Tak ada lagi kedengaran batuk yang sangat memeritkan. Hanya sesekali waktu tengah malam atau awal pagi. Cuma batuk Abang Ngah berbalik semula. Jadi kami kembali berjumpa Dr Nadir Khan sebagaimana sepatutnya. Alhamdulillah kahak Adik Fitri sedikit sahaja yang keluar ketika doktor sedut tetapi pekat. Maksudnya Adik Fitri beransur pulih. Cuma tonsil Kak Long belum reda. Batuk Abang Ngah menurut doktor tidak membimbangkan. Bawa lagi bekalan ubat. Makan ubat ya anak-anak. Bagi sesiapa yang punya anak-anak yang ada masalah berkaitan, boleh cuba dapatkan rawatan di Klinik Wangsa Sdn Bhd . Alamatnya, No 46, Jalan 2A/27A, Section 1, Bandar  Wangsa Maju, 53300 Setapak . Sebelum datang boleh telefon dahulu, 03 - 4142 1614 . Setahu saya Dr Nadir tidak bertugas pada hari Jumaat dan Sabtu. Kami ke klinik ini pada hari Ahad sebab itu sahaja harinya yang sesuai untuk dapatkan rawatan untuk Kak Long. Kak Long bersekolah p...

Coklat Untuk Ulangtahun Zalipah

Ulangtahun Zalipah (bukan sahaja sebagai pembantu saya di tempat kami mencari rezeki tetapi lebih kepada kawan baik buat saya) telah lama berlalu. Ini hadiah kecil untuk sahabat susah senang saya. Terima kasih kerana bersahabat dengan saya. Saya bersyukur punya awak sebagai sahabat. Apa lagi kita bagi coklat dalam usaha menaikkan berat badannya. Cik Puan Zalipah sekarang sedang mengandung anak ketiga, mengadu berat badannya tak naik. Tak macam perempuan mengandung yang lain. Ada empat jenis perisa iaitu coklat susu gajus, coklat gajus, coklat mentega kacang dan coklat kopi. Saya buat coklat ini berdasarkan resepi daripada Chef Amer, " Terokai Rahsia Coklat ". Selamat ulangtahun Ipah. Semoga selamat melahirkan (kami selalu berikut-ikut, jangan marah!), panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Amin.