Memang lama sungguh resipi ini ada dalam simpanan tetapi dari sehari ke sehari, tak pernah terlintas pun hendak mencuba. Kebetulan di sini, tempat saya mencari rezeki bercadang hendak buat jamuan. Jeng jeng jeng, waktu itu selongkar punya selongkar terjumpa dengan resipi ini. Ringkas dan mudah tapi sedap! Ini cubaan kali kedua. Pencuci mulut ketika bulan puasa nan silam. Buat banyak-banyak semestinya membazir. Walaupun dapat satu loyang sederhana sahaja tetapi tak terhabis keluarga kecil kami makan. Jadi berikan kepada jiran-jiran untuk elakkan pembaziran. Resipi ini milik Kak Jun Yummylicious! yang dikongsikan dalam laman web popular iaitu My Resipi . Terima kasih Kak Jun. Bahan-bahan : 1/2 cawan serbuk koko (saya guna serbuk coklat) 1 cawan gula 1/2 cawan susu tepung 1/2 sudu teh garam 41/4 cawan air 4 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu teh esen vanila 3 sudu besar mentega 1 paket serbuk agar-agar (10 - 11 gram) Cara Membuat : ...