Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Kek Red Velvet

Akhirnya berjaya juga buat si baldu merah ini. Alhamdulillah. Bukan hasil yang sempurna tapi seronok sebab menjadi juga. Tiba-tiba rasa teringin sangat hendak makan kek ini. Tapi bukan semua kedai kek ada menjual kek red velvet . Mulanya memang rasa malas hendak mencuba. Pertamanya, suami tidak berkenan kek ini. Kedua, saya cuma rasa teringin. Mungkin saya hanya akan makan sepotong sahaja. Biasalah perempuan mengandung. Anak-anak takkan makan kek ini. Siapa hendak habiskan? Kalau sedap, bolehlah kongsikan dengan jiran-jiran tetapi kalau tidak... hehehe... faham-faham sahajalah. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Saya guna resipi kek red velvet dari blog Kak Jun yang sangat rajin memasak. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Resipi Kek Red Velvet Bahan-bahannya: 11/4 cawan tepung 1/2 sudu kecil serbuk penaik 1/2 sudu kecil garam 1 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar pewarna merah - saya guna pewarna pink rose 57 gram mentega tanpa garam 3/4 cawan gula kastor ...

Kek Untuk Cikgu

Kelam kabut buat kek untuk sambutan hari guru di sekolah Kak Long. Saya buat black beauty chocolate cake. Resipi kek ini ada di sini . Satu adunan tetapi dua acuan berbeza. Satu adunan dibakar sementara satu lagi, saya kukus. Ini versi yang saya bakar. Kek ini saya hantar ke taska. Ini versi yang saya kukus. Kak Long seronok sangat. Malam tadi sama-sama ikut tidur lewat, menghias kek ini. Comot-comot jadinya. Tak kisahlah yang penting Kak Long suka.

KLIBF 2012 - Menariknya Buat Saya

Rasanya cerita Pesta Buku sudah basi tetapi kerana entri tertangguh ini lama terperam, jadi terbitkan sahajalah. Tidaklah membazirkan . Jangan marah! Kali ini lebih berhemah ketika berbelanja. Ya ke? Rasanyalah. Banyak yang berkenan di hati tapi banyak yang setakat belek dan letak kembali. Sekarang baru bulan 5, panjang lagi masa sebelum cukup setahun. Saban tahun belanja beli buku asyik meningkat, tak terkawal! Ahad 29 April, bawa anak-anak naik LRT ke KLIBF 2012 . Tak lama pun. Memang fokus membeli buku-buku untuk anak-anak sahaja. Seperti biasa tarikan booth-booth kanak-kanak dengan belon, tayangan kartun banyak melekakan mereka. Tahun ini anak-anak tak berkesempatan ke Smart Kids sebab kami balik kampung. Peluang ke pesta buku ini sebenarnya hendak mendekatkan lagi mereka dengan buku. Memang saya biasakan dari bayi lagi, mereka dekat dengan buku. Alhamdulillah. Rabu 2 Mei, giliran bawa pegawai untuk kenal pasti bahan yang sesuai dijadikan koleksi di perpustakaan....

Pelentung, Cacar Air aka Chicken Pox

Really miss him! Ahad lepas (13 Mei) Abang Ngah mula demam sejak pagi, sudah diberi ubat tetapi panasnya turun naik. Selera makannya pun merudum. Tengah hari cuma jamah roti sekeping. Saya suakan air kelapa, adalah seteguk dua sahaja yang diminumnya. Tak hairan sangat sebab Kak Long yang suka minum air kelapa. Lewat petang, baru terperasan ada bintik-bintik merah pada perut Abang Ngah. Kena demam campak rupa-rupanya. Baru kelam kabut bertanya pada kawan-kawan, daun semambu. Dua kali Kak Long demam campak, semuanya di bawah jagaan keluarga saya terutama emak dan ayah di kampung. Itu kampung, ini di bandar kota batu, Kuala Lumpur di mana hendak cekau daun itu? Rasa macam hendak tanam sahaja pohon itu tetapi mana kawasannya? Abang Ngah memang belum sekalipun kena. Hampir Maghrib barulah dikhabarkan di rumah ibu Teacher Nina (cikgu Kak Long), ada pokok semambu. Kami diminta segera mendapatkannya sebelum hari gelap. Ini rupa daun semambu. Dalam perubatan tradisio...

Hikmah & Cabaran: Gastrik Ketika Hamil

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Setelah dua siri kehilangan berturut-turut, saya diberi rezeki Yang Maha Esa dan kini dalam proses menambah anggota keluarga. Alhamdulillah. Namun bukan senang untuk senang. Sejak awal kehamilan lagi gastrik datang menyerang. Pedih ulu hati berterusan. Jujurnya pengalaman mengandung kali ini sangat mencabar. Kalau tidak mengandung pun, ada kalanya saya memang mendapat gastrik. Tetapi tidak pernah berterusan sebegini. Semuanya rasa serba tidak kena dan menanggung sakit, tidak kira siang mahupun malam. Malah ketika tidur, ada masanya sakit itu datang bertandang, " Hai !".  Cuba beberapa petua untuk mengatasi cabaran ini, antaranya: tidur mengiring ke kiri lapis batal tinggi. Tidur duduk juga pernah. elak makan makanan pedas. Minuman berkafein memang tidak membuka selera. Hatta teh tarik yang memang jadi kegemaran sekalipun! Banyak makanan yang saya elakkan, sayur kangkung, tau...

Hari Ibu Hari Guru

Selamat menyambut hari ibu buat semua ibu-ibu. Selamat menyambut hari guru buat semua perantara ilmu.