Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Butter Cake - Tanda Terima Kasih

Semalam saya bawa kek ke tempat kerja. Saya bangun seawal jam 3:00 pagi untuk menyediakan 2 biji kek.  Aisey sudah rajin. Kalau buat awal, siaplah dengan anak-anak. Sebenarnya ada permintaan daripada seorang staf. Sebagai balasan kepada beliau kerana sanggup tukar tarikh kursus dengan saya. Boleh? Minta sampai 3 tingkat. Amboi. Kalah pengantin. Sabar, sabar, sabar. Kau tak buat kerja kau, siaplah . Alahai ada berapa hari aje pun kan. Satu : Permintaan. Ke 2 : Saya akan ditukarkan. Bye bye . Sebenarnya tanpa permintaannya pun, saya akan tetap buat sesuatu. Memandangkan saya akan bertukar tempat, sangat wajar untuk merealisasikan permintaannya. Untuk seorang lagi, yang tidak membuat permintaan, tetap juga saya sediakan sebiji kek untuk beliau. Tanda terima kasih saya atas kerja keras mereka selama ini. Selepas ini mereka akan mendapat bos yang baru. Sob sob. Pindah sebelah bilik aje pun. Berbeza tugas, tanggungjawab dan hubungan kerja. Wish me luck! Comot...

Akhir Zaman

Dunia dalam ambang akhir zaman. Ini berita semalam, tentang pembakaran kitab suci Al-Quran. Masih ingat dengan lelaki ini, Wayne Sapp? Lelaki sama yang berhasrat menganjurkan international burn a koran day 9/11/2010 6pm - 9pm . Semalam dia telah melaksanakannya. Ini pula kes yang berbeza. Tidak ada liputan yang begitu meluas mengenainya. Lebih kepada, siapa tahu - tahulah. Siapa yang tidak tahu - tak tahulah.  Bencana alam sana-sini. Indonesia, Sri Lanka, China, New Zealand dan terbaru Jepun. Jepun pula dilanda bencana alam yang teruk. Loji nuklear meletup, memburukkan lagi keadaan. Kasihan. Sangat kasihan melihat ramai yang terbunuh dalam bencana itu. Ramai kehilangan orang tersayang dan harta benda. Memang sebak mendengar duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie berucap dalam Bahasa Melayu merakam ucapan penghargaan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia atas bantuan yang dihulurkan. Sungguh-sungguh ucapan itu disampaikan dalam bahasa rasmi...

Jangan Cuba-cuba Hampiri

Tidak sampai 1 jam. Ada sesetengah keadaan, kita merasakan 1 jam itu sangat panjang. Ada sesetengah keadaan pula, kita merasakan ianya terlalu singkat. Kuliah itu berlangsung dalam tempoh itulah. Kupasannya tentulah ringkas sahaja. Gaya penyampaian Ustaz Fauzi Mustaffa diselitkan dengan lawak bersahaja, menjadikan masa yang ada dirasakan terlalu singkat. Walaupun berjenaka, Ustaz menegaskan jangan sesekali kita hampiri syirik. Namun sedarkah kita? " Syaitan itu kalau diseru, ia pasti datang dan tidak mudah untuk meminta ia pulang ". Ini yang disebutkan pensyarah saya suatu ketika dulu. Ketika ramai pelajar perempuan di kolej diserang histeria. Sampai satu ketika kami semua solat berjemaah dan duduk membaca surah Yassin di kawasan lapang. Ustaz juga menekkan perkara yang sama, diseru ia datang. Pohonlah kepadanya akan ia berikan namun bersyarat. Sanggupkah kita penuhi syarat-syaratnya? Syarat-syarat yang bertentangan dengan ajaran agama kita dan berlawanan dengan amalan yang...

Amalan Pendinding Diri - Doa Bismillah 5

Sihir, Saka dan Santau atau 3 S. Saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat ketika menghadiri Kuliah Zohor oleh Ustaz Fauzi Mustaffa. Ustaz ada huraikan serba ringkas tentang sihir, saka dan santau, perkaitan ketiga-tiganya, tanda-tanda dan kesannya. Juga amalan pendinding diri.  Menurut Ustaz, Bismillah 5 atau kubu bergerak jika diamalkan 3 kali sebelah pagi dan 3 kali sebelah petang, Insyaallah mampu mengelakkan kita daripada bahaya 3 S ini. Bagaimanapun jangan kita meletakkan keyakinan pada ayat. Sebaliknya letakkan sepenuh keyakinan kita pada Allah. Kita berikhtiar dan berdoa untuk mengatasi bahaya yang mendatang. Semuanya berlaku dengan izinNya. Menurut Ustaz lagi, gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah 5 akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun. kredit doa : http://panitiapendidikanislamskbebuloh.blogspot.com/2009/08/doa-bismillah-5.html

Ann Ward : America's Next Top Model Cycle 15

Lama saya berfikir, perlukah saya menulis tentang Ann Ward? Perlu atau tidak? Ini bukan ulasan tentang program America's Next Top Model (ANTM). Sudah terlambat kalau saya mahu mengulas tentang ANTM cycle 15 kerana cycle 15 telahpun tamat. Semua orang sudah tahu, Ann Ward adalah pemenangnya. Sekarang ANTM sedang menayangkan cycle 16 . Ini tentang Ann Ward. Ann Ward bukan gadis paling cantik yang bertanding dalam ANTM cycle 15 tetapi beliau adalah peserta yang paling tinggi, 6 kaki 2 inci. Sangat kurus. Apabila salah seorang juri J. Alexander mencekak pinggang Ann dengan kedua-dua belah tangannya, terus saya teringat pada Cikgu Sobri dan Awang Sulung Merah Muda. Cikgu Sobri pernah melukis lakaran Awang Sulung Merah Muda di atas papan hitam, berdasarkan gambaran pinggangnya yang sebesar secekak jari manis. Pinggang Ann, secekak jari manis J. Alexander. Episod uji bakat ini mengundang kontroversi. kredit foto: http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/artic...

Antara Rancangan dan Spontan

Kalau dirancang-rancang, jarang sangat menjadi. Kami merancang untuk pergi ke Taman Tema Genting setahun yang lalu tapi terbatal kerana jadual kerja suami yang tidak menentu. Awal tahun ini, saya dan kawan-kawan merancang ke Tiara Beach Resort . Ada seorang kawan kami melangsungkan majlis perkahwinan di Seremban. Rancangannya kami bermalam di Tiara Beach Resort dan keesokkan harinya menghadiri kenduri. Namun kesihatan anak-anak dan saya sendiri menyebabkan rancangan itu terbatal. Kami cuma meraikan pengantin di Seremban. Pergi ke Seremban semata-mata menghadiri kenduri, kemudian terus balik. Mezz & Intan Ini hasil yang tidak dirancang. 20 Februari 2011 ke Taman Tema Genting . Anak-anak tidak berkesempatan bermain semua permainan. Nantilah lain kali kalau ada kesempatan, boleh datang lagi. Menariknya, saya dapat lihat keupayaan anak-anak. Semasa kami berkunjung ke Zoo Taiping , Adik takut hendak bergambar dengan ular dan anak-anak singa. Kak Long pula teruja. Baga...