Skip to main content

Pilihan Terbaik

Pilihan terbaik untuk mangasuh dan mendidik anak-anak adalah ibu anak-anak itu sendiri.

Pagi ini, suatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku ketika saya menghantar anak-anak ke Taska. Bukan kemalangan tetapi saya tidak dapat lari daripada memikirkan kaitannya dengan anak-anak saya. Anak-anak saya yang masih kecil.

Seorang bapa sedang meluahkan amarahnya kepada pengasuh anak-anak di situ. Saya berdiri mendukung adik dan tidak lepaskan tangan Kak Long walaupun kami telah berada di ambang pintu Taska. Dua anaknya sendiri nampak takut. Setelah marahnya reda barulah saya serahkan anak-anak saya kepada pengasuh. Isu-isu yang menimbulkan kemarahannya membuatkan saya rasa sayu mengenangkan nasib anak-anak.

Saya tahu anak-anak di Taska ramai dan anak-anak saya tidakkan dapat perhatian istimewa. Oleh sebab itu, saya pastikan makanan untuk Adik, saya masakkan. Setelah jemput mereka dari Taska, saya pastikan keduanya saya beri makan. Saya mandikan. Ubat untuk Adik juga, saya berikan sebelum datang ke Taska. Saya tidak mahu pengasuh terlupa atau rasa terbeban kerana anak saya seorang. Satu kebaikkannya, saya tahu apabila saya datang menjemput anak-anak pulang, mereka ada. Mereka sedang menunggu saya. Satu kebimbangan yang tidak dapat saya pastikan ketika punya pembantu rumah suatu ketika dulu.

Saya faham mengapa saudara itu berasa marah. Kami ibu bapa, sedikit sebanyak meletakkan kepercayaan ke atas pengasuh di Taska untuk mengasuh anak-anak sementara kami bekerja. Kami bayar untuk perkhidmatan itu dan bayaran ke Taska juga tidak murah. Kami tentu akan rasa marah dan kecewa jika sesuatu yang tidak kami jangkakan, berlaku. Sekurang-kurangnya anak-anaknya telah besar dan boleh mengadu. Sedangkan anak-anak saya masih mentah. Tentu mereka terpaksa terima semua keadaan. Tetapi setakat ini, inilah sahaja pilihan terbaik yang saya ada.

Comments

  1. Siapa tidak marah jika ada sesuatu yang tidak adil berlaku. Bertambah marah jika ia berlaku atas kita.

    Namun, melafazkan rasa marah perlu juga beradab. Jika tidak ia mungkin biadap.

    Bagi saya, menegur seseorang perlu sopan. Usah menegurnya di depan orang ramai. Apatah lagi ditegurnya seseorang itu didepan mereka yang amat menghormati yang ditegur itu. Pasti luntur kepercayaan dan rasa hormat mereka nanti.

    Melakukan sesuatu bukan atas dasar nafsu.

    Bukankah terdapat suatu kisah Sahabat Nabi yang biasa kita dengar. Kisahnya begini...

    Dalam suatu masa (seingat saya dalam perang), terdapat seorang Yahudi ingin membunuh Saidina Ali.
    Namun Saidina Ali mampu mengalahkannya. Hampir sahaja Saidina Ali membunuhnya, ia telah meludah ke muka Saidina Ali, menyebabkan Saidina Ali telah membatalkan niatnya untuk membunuh Yahudi itu.

    Yahudi tadi hairan, bertanya mengapa. Jawab Saidina Ali, sebelum ia diludah memang niat untuk membunuhnya adalah kerana Allah, namun setelah Saidina Ali diludah oleh Yahudi tadi, Saidina Ali bimbang niatnya bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana nafsu amarahnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...