Skip to main content

Demam, IT dan Lagu Tiara

Kesihatan anak-anak kurang baik akhir-akhir ini. Demam dan kebah, demam kembali. Bimbang juga kerana demam denggi dan H1N1 antara yang sering jadi bualan dan tajuk berita. Jauhilah Ya Allah, kami dari wabak penyakit ini. Amin.


Ada petua mengatakan madu boleh membantu melegakan batuk. Alhamdulillah nampaknya serasi, berkurang juga batuk anak-anak dan tidur mereka juga tak begitu terganggu.


**********


Pelajar tingkatan enam rendah 2010 akan memulakan sesi persekolahan pada 10 Mei 2010. Saya dapat tahu untuk kemasukkan ke tingkatan enam, surat tawaran mesti diperolehi di web Kementerian berkenaan. Surat tawaran tidak akan dihantar ke rumah pelajar. Lebih memeranjatkan saya, sekiranya pelajar tersebut tidak mendaftar pada tarikh yang ditetapkan maka tawaran tersebut adalah terbatal dengan sendirinya. Hmmmm hari ini, semua pihak cuba menggunakan kemudahan teknologi maklumat sebaik mungkin. Bagus, bagus. Namun saya terfikir, bagaimana dengan ibu bapa pelajar yang tidak tahu menahu tentang IT, pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman dan kampung, kemudahan IT yang sangat terhad. Bagaimana nasib mereka? Seingat saya, saya tidak terbaca mana-mana pegumuman di akhbar atau terdengar pegumuman di radio atau TV. Saya bernasib baik kerana mempunyai kawan-kawan dikalangan guru-guru jadi informasi ini tidak terlepas.


**********


Ada beberapa buah novel dan buku yang dibeli sejak awal tahun masih belum berjaya dikhatamkan. Mazlina juga berikan novel Twilight Saga. Kesibukkan mengendalikan projek buat masa ini, membuatkan saya terpaksa ketepikan dahulu semuanya. Lelahnya terbawa-bawa sampai ke rumah. Sampaikan program TV yang saya minati seperti CSI dan Good Wife pun jarang saya dapat tonton. Terkadang lelap di hadapan TV apalagi dalam masa yang sama menyusukan adik. Cuma baru-baru ni saya apabila terdengar seorang peserta rancangan realiti mendendangkan lagu Tiara, saya berhenti mengemas dapur dan mendengar nyanyiannya. Ini antara lagu popular ketika zaman persekolahan. Sedap suaranya. Namun nyanyiannya bagi saya tidak cukup penghayatan. Saya terfikir kalaulah beliau baca Memeluk Gerhana sebelum mendendangkan lagu itu, tentu sekali nyanyiannya akan menyentuh kalbu.


Kisah hidup Ilham di dalam Memeluk Gerhana memang menyentuh hati. Ilham yang pintar dari zaman kanak-kanak sehingga remaja dan punya impian untuk ke menara gading. Impian itu bagaimanapun berkubur setelah beliau ditahan walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Akhirnya beliau menjadi buta serta terkurung di dalam penjara bawah tanah. Sekaligus memisahkan beliau daripada Syakila yang dicintai. Kekasih hati yang bukan sahaja pintar bahkan berada di luar negara dan bercita-cita melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Phd. Ilham sendiri pernah memikirkan akan pandangan ayah Syakila tentang dirinya dan tentang hubungan cintanya dengan Syakila setelah apa yang berlaku. Dapatkah dirinya diterima? Ilham malah mohon semuanya dirahsiakan daripada pengetahuan Syakila. Sedikit sebanyak Ilham terasa pandangan masyarakat padanya bertukar negetif dan Syakila tidak perlu ikut terbabit.


Cewah! Ini pandangan saya sahaja yang merasakan padanan lirik lagu Tiara dengan kisah cinta Ilham dan Syakila.

Tiara
Tiara menggamit keadaan zaman persekolahan
Tiara kumimpi kita bersanding atas kayangan
seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
di malam pesta engkau bisikkan
kata azimat di telinga
kita terpaksa berpisah untuk mencari arah
kita dipukul ombak hidup alam yang nyata
engkau jauh meniti puncak menara gading
yang menjanjikan hidup sempurna
tapi aku hanya tunduk kebumi
hidup tertekan
jika kau bertemu aku begini
berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
di penjara terkurung terhukum
hanya bertemankan sepi
bisakah,
masih bisakah engkau hargai cintaku lagi
oh Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
jika kau bertemu aku begini
berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
di penjara terkurung terhukum
hanya bertemankan sepi
bisakah, masih bisakah
engkau hargai cintaku lagi
oh Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
oh Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya
Tiara

Lagu / Lirik : M. Nasir
Dendangan : Kris

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...