Kesihatan anak-anak kurang baik akhir-akhir ini. Demam dan kebah, demam kembali. Bimbang juga kerana demam denggi dan H1N1 antara yang sering jadi bualan dan tajuk berita. Jauhilah Ya Allah, kami dari wabak penyakit ini. Amin. Ada petua mengatakan madu boleh membantu melegakan batuk. Alhamdulillah nampaknya serasi, berkurang juga batuk anak-anak dan tidur mereka juga tak begitu terganggu. ********** Pelajar tingkatan enam rendah 2010 akan memulakan sesi persekolahan pada 10 Mei 2010. Saya dapat tahu untuk kemasukkan ke tingkatan enam, surat tawaran mesti diperolehi di web Kementerian berkenaan. Surat tawaran tidak akan dihantar ke rumah pelajar. Lebih memeranjatkan saya, sekiranya pelajar tersebut tidak mendaftar pada tarikh yang ditetapkan maka tawaran tersebut adalah terbatal dengan sendirinya. Hmmmm hari ini, semua pihak cuba menggunakan kemudahan teknologi maklumat sebaik mungkin. Bagus, bagus. Namun saya terfikir, bagaimana dengan ibu bapa pelajar yang tidak tahu menahu tent...