Skip to main content

Autisme - Kerusi Penenang (Oto Hugging Chair)


Berita baik buat autistik, kini ada sebuah kerusi dicipta bagi membantu memberi ketenangan ketika diserang anxiety atau panic attack. Meltdown bagi autistik yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa dan penjaga mereka bukan sesuatu yang mudah. 

Tahniah kepada Alexia Audrain seorang pereka dari Perancis yang telah berjaya mencipta sebuah kerusi penenang untuk penghidap autisme (kecelaruan spektrum autisme). Menurut beliau, kerusi ini dihasilkan bersama dengan autistik, tenaga pengajar serta ahli psikometrik bagi mendapatkan hasil terbaik buat autistik. Walaupun ciptaan ini masih baharu namun diharapkan dapat membantu autistik di luar sana. 


Berfungsi seakan dipeluk dengan erat, pengguna yang duduk di atas kerusi seperti berada dalam kepompong dengan dinding yang boleh dirapatkan serta kaki turut diurut untuk memberi ketenangan yang diperlukan. Kerusi ini dikawal menggunakan alat kawalan yang ditetapkan oleh pengguna. 

Terima kasih kepada barisan produksi kdrama, Extraordinary Attorney Woo yang menghebahkan kewujudan kerusi ini. Dalam episod 11, Peguam Woo diserang panic attack apabila pelanggannya terlibat dengan kemalangan jalan raya betul-betul di hadapan matanya sendiri. Lee Jun Ho bertindak pantas menenangkan Peguam Woo dengan memberikan pelukan dari belakang yang erat. Lee Jun Ho seterusnya memberitahu Peguam Woo tentang kewujudan kerusi ini. Kdrama ini sangat bagus dalam memberi kesedaran tentang kecelaruan spektrum autisme (ASD). Spektrum yang berbeza juga dijelaskan melalui beberapa episod dengan kehadiran dua lagi watak autistik dewasa. Tujuannya untuk memberi gambaran perbezaan antara mereka walaupun masing-masing telah disahkan autisme. 

Sebetulnya menurut pengarah drama Extraordinary Attorney Woo, Yoo In Shik menyatakan drama ini diinspirasikan daripada watak Im Ji Woo dalam filem Innocent Witness iaitu seorang genius autisme dalam matematik yang bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Kedua-dua karya hebat ini dihasilkan oleh penulis skrip, Moon Ji Won. 

Kdrama It's Okay To Not Be Okay juga mengetengahkan kesedaran tentang austime. Malah ada satu teknik yang selalu digunakan oleh Moon Sang Tae untuk menenangkan dirinya iaitu butterfly hug. Mesti ingatkan adegan Moon Gang Tae mengajar Ko Moon Young. Ingat sebab itu salah satu adegan romantik. Teknik ini sebenarnya jika diamati selalu dipraktikkan oleh Moon Sang Tae. Malah Moon Sang Tae turut mengajar Kan Pil Wong teknik ini. 





Memang benar, hanya yang mengalami yang lebih memahami. Namun kita tidak boleh berputus asa. Program kesedaran berterusan tentang autisme termasuk melalui filem dan drama, diharapkan mampu membantu masyarakat supaya lebih terbuka dan memahami. Ada kalanya bukan kerana seseorang itu tidak boleh menerima kehadiran orang kelainan upaya (OKU) tetapi ketiadaan pengalaman, kesedaran dan ilmu yang cukup menyebabkan berlaku salah faham dan kekok. Sedangkan ada segelintir tidak berniat buruk atau pandang serong pun. Kita ambil contoh Kdrama Move to Heaven, Son Sang Gu diamanahkan untuk menjadi penjaga kepada Han Geu Ru, anak saudaranya setelah kematian abangnya. Sedangkan Sang Gu bukan sahaja tidak ada pengalaman dan pengetahuan tentang Asperger Syndrome (salah satu cabang dari ASD) malah telah terpisah daripada mendiang abangnya sejak umurnya 10 tahun lagi. Dalam erti kata lain kedua-dua mereka saling tidak mengenali. Sudah tentu banyak cabaran yang perlu dihadapi tidak hanya Sang Gu tetapi Geu Ru. Bahkan Yoon Na Mu iaitu jiran dan satu-satunya kawan Geu Ru sangat curiga dan bimbang terhadap kemampuan Sang Gu untuk menjaga Geu Ru. 

Sudah tentu orang terdekat dan mempunyai hubungan dengan OKU pula ada ketikanya mudah tersinggung. Lebih sensitif ada ketikanya melebihi OKU itu sendiri. Perasaan kita mudah tersentuh kerana kita memahami mereka. Kita bersama dengan mereka melalui detik suka dan duka. Kita tahu keterbatasan mereka. Dalam masa yang sama kita mahu mereka diterima dan layanan yang sewajarnya diberikan kepada mereka. 

Mengapa saya sebutkan kita? Saya tidak banyak tahu tentang autisme. Pergaulan saya dengan anak autistik cuma terbatas di sekolah anak-anak sahaja tetapi saya punya arwah adik yang terencat akal dan anak yang disleksia. Saya percaya ada rasa 'sakit' yang kita hadapi itu sama walau tidak serupa. Saya juga percaya ada orang menanggung beban lebih daripada yang saya pikul. Sudah tentu Yang Maha Esa lebih tahu kemampuan seseorang hambaNya. Saya masih belajar. Ada banyak yang perlu dipelajari terutama untuk berdamai dengan takdir. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang