Skip to main content

Dalam Lapis-lapis Kenangan

Hampir setiap hari ada berita kemalangan. Kemalangan jalan raya. Kemalangan jiwa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang, banyak benar kemalangan jiwa. Cuma berita kemalangan itu semua tidak ada pun menerbitkan rasa ingin tahu lebih lagi. Berlainan benar dengan berita kemalangan ini. Walaupun sudah lebih seminggu kemalangan berlaku.

Hari pertama membaca berita ini dengan komen-komen daripada saksi-saksi kejadian, buat rasa ingin tahu menebal. Ada saksi berkongsi tentang arwah di media sosial. Ada yang berkongsi saat menyaksikan kemalangan di depan mata. Ada yang berkongsi momen mengeluarkan arwah dari kereta. Paling menyedihkan momen saksi tentang tangan salah seorang penumpang yang terputus. Media pun mula kongsikan juga. Malah media gunakan gambar arwah dari media sosialnya. Ya, zaman sekarang siapa yang tak punya media sosial kan. Sementelah pula medium media sosial arwah untuk tatapan umum. 

Arwah menunjukkan bakatnya melalui media sosial. Berkongsi tentang hasil kerja-kerjanya. Arwah bercerita tentang kesungguhan mencapai cita-citanya. Cita-cita yang hampir jadi kenyataan. Namun Allah SWT lebih mengetahui segala sesuatu. Mengatur takdir hidup hambaNya. Memang diakui hantaran-hantaran terakhir dalam media sosial arwah menunjukkan seolah-olah arwah mengetahui masa hidupnya sudah tidak lama. Antaranya, arwah mengharapkan agar dapat meninggal dunia dalam keadaan sudah bertaubat. Allah, luluh hati membacanya. Dalam hantaran lain, arwah meluahkan sepatutnya kita berasa bangga kerana ada orang yang sudi menjadikan kita sebagai topik perbualan. Benarlah arwah kemudiaanya menjadi topik perbualan. Bukan hanya dikalangan keluarga dan kawan-kawan, orang ramai bercakap tentang arwah. Mendoakan arwah. Arwah meninggalkan nama baik untuk dikenang. Benarlah orang yang baik itu lebih disayang Tuhan. Gambar ini dari media sosial arwah. Antara gambar terakhir dalam hantaran arwah. Sayu sekali tatapan mata arwah. Semoga arwah Muhammad Nurshamril Abdul Malek di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aamiin.

Melihat hasil kerja arwah di media sosial. Segala gambar dan video yang arwah kongsikan, menyingkap lapis-lapis kenangan ketika saya bekerja dengan production house. Sebuah production house yang sangat gah namanya di Malaysia suatu ketika dahulu. Production house yang punyai kelengkapan dan peralatan yang hebat. Mereka punya bangunan besar dengan segala macam kemudahan. Bayangkan mereka buat penggambaran di 'hospital, klinik, restoran' mereka sendiri. Ya, mereka ada pasukan penulis skrip sendiri. Wartawan sendiri. Malah mereka juga punya studio-studio yang hebat. Itu diakui editor, cameraman, juru audio dan kru di sana. Salah seorang editor yang rajin bercerita adalah Ozi. Ozi ini rakyat Indonesia yang dikatakan berbakat dan berpengalaman luas. Pada ketika itu menerima bayaran yang paling mahal di antara editor-editor yang ada. Mereka ini ada yang bekerja tetap dan ada yang freelance. Production house yang run 24 jam. Ketika di sana baru saya tahu apa itu promo, montaj, opening credit, end credit, footage, bloopers dan segala macam jenis tape. Melihat mereka bekerja pilih lagu, pilih muzik latar termasuk editing dan shooting. Malah saya juga pernah terlibat dalam satu proses dubbing kerana menggantikan seorang pelakon tambahan yang tidak hadir. Setiap kali kalau hasil produksi dimainkan di TV, saya akan tunggu untuk baca ending credit sampai habis kerana ada nama-nama mereka yang saya kenali. Abang Azmi Jo, Kak Ila, Along, Iwan, Eddie, Sham, Mike, Eric, Ozi dan ramai lagi. Bergenang tubir mata menaip ini. Semoga di mana sahaja mereka berada, apa sahaja yang mereka sedang buat, saya doakan mereka semua bahagia dan berjaya.

Lapis-lapis kenangan yang jarang saya kongsikan. Singkat masa di sana namun kenangan tetap ada. Barangkali kerana itu juga berita kemalangan ini begitu mengusik hati. Tambahan pula membaca tentang pengalaman salah seorang yang terselamat.





Pernah merasai pengalaman itu dan pernah kongsikan di sini. Semua masih jelas diingatan. Tengah hari. Selepas solat Zohor. Bulan Ramadan. Sarat mengandung anak bongsu. Tak pakai tali pinggang keledar. Tayar kereta meletup. Kereta mula tak terkawal. Berpusing-pusing. Menghentam penghadang jalan. Anak-anak jatuh tercampak. Beg udara pun keluar. Menghimpit. Tinggalkan parut di muka dan tangan. Hendak menoleh ke tempat duduk belakang pun tak berupaya. Hanya ingat mati. Mati dan mati sahaja. Hanya ada kalimah-kalimah Allah yang mampu terucap. Allah SWT menentukan usia kami sekeluarga masih panjang. Jika tidak, itu merupakan Ramadan terakhir buat kami sekeluarga dan kami akan disemadikan dalam satu liang lahat. Hanya tinggal nama sahaja. 

Jangan ambil mudah. Pakai tali pinggang keledar. Jika naik kereta. Pakai topi keledar. Jika naik motosikal. Maut memang betul boleh berlaku di mana-mana. Kemalangan hanya asbab juga betul. Namun pakai untuk keselamatan. Itu juga ikhtiar kita. Apa yang berlaku, pengajaran untuk kita.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...