Skip to main content

Tuhan Tak Pernah Jauh

Apabila kau di tolak ke sudut yang paling gelap, hilang punca. Mencuba untuk berdiri. Mencari tempat untuk berpaut. Mengharapkan tangan untuk dipimpin. 

Tidak cukup hanya berserah diri kepada Yang Maha Esa.

Hidupmu perlu diteruskan. Berpantang maut sebelum ajal. Kau mesti gagahkan diri untuk berdiri. Berjalan biarpun harus meraba dalam kegelapan. Kerana kau percaya, yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. TuhanMu menuntut kau berusaha.

TuhanMu takkan biarkan kau sendirian, meski kau merasa dirimu hilang panduan.

Dunia inilah yang menghimpunkan orang-orang kejam. Penuh tipu daya.


Orang yang menghulur tangan kirinya untuk memeluk tetapi tangan kanannya menghunus pisau, bersedia menikam belakangmu. 

Dia di hadapanmu, saling bercucuran air mata. Meratap dan hiba. Menanam tebu di pinggir bibir. Lembut gigi daripada lidah. Rupanya, telunjuk lurus, kelengkeng berkait.

Sebetulnya hidupnya seperti musang. Ketika siang dia tak kelihatan, malam berkeliaran mencari mangsa. Sudah tentu kau tak perasan kerana topeng yang dipakaikan, pelepah bulu ayam.

Dialah gunting dalam lipatan. Berusaha menghancurkan kamu dari dalam. Setelah luaranmu hampir musnah.

Kemelut dirimu merupakan peluang keemasan. Ketika dan saat terbaik, dia berusaha menangguk di air keruh, menahan lukah di pergentingan. Air keruh, ikan limbat keluar.

Sudah terbuka pekung di dadanya. Tuhan itu tak pernah jauh. Matamu tak nampak tetapi bukan terpejam. Tuhan memandu melalui mata hatimu keluar dari tipu dayanya kerana Tuhan tak pernah meninggalkan kau sendirian. Baik ketika suka mahupun berduka.

Lima hari kau mengerti makna persahabatan. Susu yang pernah diberi tetapi tuba balasannya. 

Lima hari kau mengenal kawan dan lawan. Akhirnya kau nampak api dalam sekam.

Lima hari usahanya bukan mengeluarkan malah membenamkan kau jauh ke dasar kegelapan, tak kesampaian. Putih mata, diapun hilang. 

Walau kau masih terdampar di sudut gelap tetapi kau lepasi satu ujian. Bersyukurlah dirimu masih dalam rahmat Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...