Skip to main content

Agar-agar Santan Kotak

Puasa. Itu pilihan saya melalui hari-hari selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Itu lebih baik.

Tekak rasa teringin hendak makan masakan manis dan sejuk untuk berbuka. Belek-belek resipi, akhirnya pilih buat agar-agar santan. 

Apapun pilihan, kena ambil kira bahan-bahan untuk membuatnya. Sebaik-baiknya guna bahan-bahan yang sudah sedia ada di rumah. Penting juga guna bahan-bahan itu secara minimum sahaja. Misalnya, telur. Saya tak nak gunakan resipi yang gunakan banyak telur. Telur ini kegemaran keluarga. Jadi saya kena gunakan telur secara berhemah.

Saya memang cari resipi menggunakan santan kotak. Mana nak dapat kelapa parut atau santan asli dalam PKP ini. Keluar ke kedai. Semata-mata sebab santan. Tak apalah. Pakai sahaja santan kotak.

Saya gunakan resipi Naz@ovenkecil. Terima kasih.


Agar-agar Santan Kotak

Bahan-bahannya:

1 paket serbuk agar-agar 10 gram
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (anggaran 1 cawan)
1 kotak santan (saya guna santan kotak kecil M&S)
1 buji telur - masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
secubit garam
1 - 2 sudu besar sirap ros
2 helai daun pandan (saya abaikan pokok pandan saya sudah lama arwah)

Cara-caranya:


  • Masak air bersama-sama gula dan serbuk agar-agar hingga larut.
  • Kecilkan api dan masukkan adunan santan, garam dan sirap ros serta daun pandan.
  • Apabila mengggelegak, biar api kuat seketika lebih kurang 1-2 minit tetapi kacau untuk mengelakkan aduanan berbintil-bintil.
  • Tutup api. Tuang dalam loyang dan tunggu adunan agar-agar menjadi keras.

Inilah hidangan sampingan untuk juadah berbuka puasa saya. Saya tak pasti kenapa lapis santan kelihtan lebih banyak daripada lapisan sirap ros. Apa yang saya tahu, rasanya sangat sedap. Lebih sedap daripada yang dibeli. Tentulah kan. Apabila kita masak sendiri, ianya diadun dan dimasak dengan kasih sayang dan doa. Lagi pula selain keluarga yang menikmati hasil tangan kita, siapa lagi hendak beri penghargaan atas usaha kita kalau bukan kita sendiri. Betulkan. 

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...