Skip to main content

Benarkah Disleksia Dapat Dipulihkan?

Lanjutan daripada Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia. Saya hendak kongsikan sedikit pengalaman. Bagaimanapun saya masih belum dapat solusi lagi.

Anak saya sudah boleh membaca dengan baik dan agak lancar juga. Alhamdulillah. 

Sebelum ini pada usia sekitar 5 hingga 6 tahun, anak cuma boleh membaca ayat yang mempunyai dua suku kata. Bagi anak disleksia, ini satu perkembangan yang baik juga. Contoh:

Ini Ana.
Ana ada baju baru.
Baju baru Ana biru.

Selebihnya jika berdepan dengan perkatan yang mempunyai lebih daripada 2 suka kata, anak hanya akan 'hentam' sahaja dengan jayanya. 

Namun di sebalik kejayaannya itu, anak saya masih ada masalah memahami apa yang dibaca. Contoh: 


  • Soalan dalam bentuk penyataan masalah Matematik. 


Saya perhatikan anak banyak sangat tinggalkan soalan ini tidak berjawab. Apabila kita duduk dan bincangkan soalan ini bersama dengannya. Garis kata kunci. Sebenarnya anak boleh jawab soalan itu dengan baik. Tambahan pula jika soalan itu tidak memerlukan jalan kerja Matematik yang sukar.


  • Soalan kefahaman sama ada bagi mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab atau Jawi.


Kebanyakkan soalan tidak dijawab. Sama ada memang masa tidak mencukupi atau memang anak tidak tahu dan tidak faham apa yang dibaca.

Semasa kami pergi buat penilaian bacaan (reading assessment) baru-baru ini, kami diberitahu anak kami boleh membaca dengan baik. Antara kaedahnya, anak kami diberikan sebuah buku cerita kanak-kanak yang nipis. Anak telah diminta membaca buku tersebut. Saiz tulisan buku kanak-kanak biasanya besar. Tidak seperti buku teks sekolah. Tidak juga seperti saiz tulisan pada kertas peperiksaan. Ada illustrasi. Setiap suku kata berlainan warna. Anak kami juga dapat menerangkan apa yang dibaca dengan baik. Saya menunggu penerangan mengenainya sehingga selesai. Setelah itu baru saya terangkan masalah anak dan kegusaran kami serta cara apa yang paling berkesan untuk mengatasinya.

Sebenarnya ini adalah antara cabaran untuk anak dan juga kami. 

Ramai yang berpendapat anak kami 'telah pulih' daripada disleksia. 

Benarkah disleksia dapat dipulihkan?

Bagaimana dengan semua masalah yang anak kami hadapi ketika menjawab soalan peperiksaan?

Bagaimana dengan masalah yang anak kami hadapi apabila selesai membaca sebuah buku bersifat akademik tetapi tidak memahami apa-apa daripada pembacaannya?

Awal Oktober, saya beli majalah. Cadang hendak baca sementara menunggu makanan sampai tapi anak capai majalah itu, belek-belek dan baca. Jadi saya biarkan. Ini helaian pertama majalah tersebut.
   

Anak bertanya perkaitan petikan dengan illustrasi. Anak menyatakan tidak faham petikan tersebut. 

Perkataan seperti 'mencela' jarang kita gunakan dalam perbualan seharian.  

Apabila diterangkan Alhamdulillah anak faham. Tentu sahaja untuk membuat anak faham tidak semudah ABC.

Disleksia bukan bodoh.

Cuma perlu cara untuk mereka belajar kerana cara mereka belajar, tidak sama dengan anak normal.

Berbalik kepada soalan, 'Benarkah disleksia dapat dipulihkan?'

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...