Skip to main content

Sempena MCCD 2014 (Malaysia Cocoa & Chocolate Day @ Hari Koko & Coklat Malaysia)

Lama tuan rumah biarkan rumah bersawang. Hari ini kita bersihkan sawang sebab hendak mewar-warkan berita gembira terutamanya kepada penggemar coklat di Malaysia. MCCD 2014 akan diadakan

Tarikh: 27 - 28 September 2014
Tempat : Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre
Tema: Cocoa for Health & Fun

Sempena sambutan MCCD 2014, kursus khas untuk media pun diadakan di Cocoa Innovative & Technology Centre pada 5 September 2014. Saya mulanya perasan tentang kursus percuma satu hari untuk blogger di facebook. Sama seperti kali pertama ke sana, saya mendaftarkan diri ketika waktu sudah suntuk. Mujur masih ada tempat. Langsung tak tahu menahu rupanya, kursus itu adalah kursus media. Blogger telah dianggap sebagai salah satu daripada medium penyampai maklumat kepada masyarakat. Untuk itu terima kasih buat Lembaga Koko Malaysia yang menganjurkan kursus ini. Layanan daripada kakitangan Lembaga Koko Malaysia memang baik dan mesra. Sama seperti kali pertama saya ke sana.

Ini adalah Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Dr. Lee Choon Hui ketika sidang media diadakan. Kami diberi penerangan tentang produk kosmetik berasaskan koko oleh Dr Samuel Yap. Sesuatu yang baharu buat saya. Pernah mendengar tentangnya sebelum ini tetapi bukan secara mendalam. Puan Madiatul pegawai ekonomi dan juga chef coklat buatan tangan pula, memberi penerangan tentang koko dan coklat. Juga pengenalan kepada Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan yang dianjurkan oleh Lembaga Koko. RM 250 untuk kursus asas selama 2 hari. Kursus-kursus lain yang ditawarkan adalah Kursus In-Situ (bagi melatih pekerja kepada usahawan coklat yang memerlukan latihan), Kursus Lanjutan Coklat Buatan Tangan serta Kursus Nasihat Teknikal Kualiti & Premis.



Pokok Koko di hadapan perkarangan Chocolate Royale, Cocoa Innovative & Technology Centre, Nilai, Negeri Sembilan menyambut kedatangan kami. Sewaktu saya mengikuti Kursus Asas Pembuatan Coklat Buatan Tangan, kami tidak dibawa melawat ke mana-mana. Memang fokus kepada pembelajaran sahaja. Ini kesempatan emas kerana berpeluang melihat dengan dekat pembuatan coklat menggunakan peralatan pula. Cuma lawatan tidak meliputi tempat pembuatan produk kosmetik berasaskan coklat kerana dalam usaha pengubahsuaian.



Ini contoh buah-buah koko yang di tanam di negara kita. Kebiasaannya pekebun menanam buah koko jenis PBC 123. MCB C1 dan MCB C11 adalah buah koko yang telah dikacukkan.


Dari biji koko yang telah dikeringkan. Cocoa liqiuor adalah antara campuran bahan untuk menghasilkan blok koko yang boleh kita perolehi di Lembaga Koko Malaysia dengan harga RM 25.00 sekilo atau di mana-mana kedai-kedai pembekal barangan kek. 


Alat solek berasaskan koko.


Produk penjagaan badan dan wajah berasaskan koko.


Siapa biasa makan panning chocolate? Sedapnya. Coklatnya cair di dalam mulut. Kekacangnya rangup. Sedap, sedap. Ini rupa mesin yang digunakan untuk menghasilkan panning chocolate. Bagi usahawan coklat yang berminat menghasilkan panning chocolate, peralatan membuat panning chocolate boleh di sewa di Chocolate Royale ini.


Proses pembuatan coklat pralin menggunakan peralatan. Proses yang sama kita boleh lakukan di rumah. Anda berminat? Jika berminat untuk menghasilkan coklat buatan tangan menggunakan coklat tulen, anda perlukan menyediakan ruang berhawa dingin, peti sejuk khas untuk coklat, penyukat suhu, kepingan batu marmar serta peralatan-peralatan lain. Coklat pralin juga boleh di beli di Chocolate Royale ini dengan harga RM 2.50 seketul. Selain coklat pralin, coklat enrobing, panning, hollow figure, pelbagai jenis kek dan biskut, ais krim, produk minuman koko juga boleh didapati di sini.


Selesai melawat, kami mengikuti demonstrasi pembuatan coklat buatan tangan oleh Chef Mohd Khairul Adzami. Kemudian ada latihan amali untuk peserta. Alhamdulillah. Masa untuk mengulangkaji. Ada beberapa persoalan yang selalu ada, juga terungkai apabila dapat penjelasan daripada tuan guru sendiri. Terima kasih.


Alhamdulillah. Ilmu dapat. Buah tangan pun dapat. Terima kasih Lembaga Koko Malaysia. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Insyaallah saya akan gunakan ilmu yang diperolehi sebaik-baiknya dan dapat memberi manafaat kepada orang lain. Saya sedang usahakan agar bidang ini tempat saya mencari rezeki. Semoga Allah memberkati. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke