Skip to main content

MIHAS 2014. Anda Sudah? Saya, Sudah.

Saya ke MIHAS 2014, semalam. Seperti biasa rutin tugas yang memerlukan saya untuk berkunjung ke pameran-pameran perdagangan. Tirai April bermula dengan MIHAS. MIHAS 2014 nampak lebih gah pada tahun ini.

Thailand Pavillion besar dan cantik. Begitu juga Saudi Pavillion dan South Africa Pavillion. Bahkan dari Palestin pun cantik juga. Produk keluaran Thailand ada pelbagai. Telekung pun ada. Arab Saudi dan negara Timur Tengah lain, sudah tentu kurma. Seronok dapat merasa aneka kurma. Saya memang suka buah kurma. Sedap. Negara-negara lain seperti China, Jepun, Taiwan, Rusia, Chile dan banyak lagi dengan produk-produk halal masing-masing.



Thailand memang terkenal dengan kehalusan seni. Cantik sangat seni ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran ini. Saya ambil gambar ini untuk emak. Ingat emak walau di mana. Apa kesukaan emak juga.


Seperti biasa produk makanan dan minuman paling mendapat tempat. Saya terserempak dengan Dr Fazley. Segak orangnya. Juga dengan chef terkemuka yang mencipta nama di luar negara iaitu Chef Norman. Chef Norman sudah keluarkan buku masakan terbaharu beliau. Mula-mula ambil gambar Chef seorang. Selepas itu, Chef Norman pujuk ajak bergambar. Malu tau hahaha... Tahniah Chef Norman. Tahniah pada semua pengusaha produk-produk dan perkhidmatan berlandaskan syariat. Anda semua memang hebat.


Kali ini ketika saya berkunjung, tidak banyak demo masakan sedang bersiaran. Produk-produk untuk kek juga tidak begitu meriah. Coklat banyak. Ramai pengusaha coklat tempatan. Pelbagai aneka coklat ada. Saya tidak mencuba apa-apa kecuali buah kurma dan air milo sebab perut sudah kekenyangan selepas menjamah makan tengah hari.
 

 
Boleh ambil idea untuk bunga pahar atau hantaran perkahwinan. Ubah suai supaya lebih menarik. Jangan tiru bulat-bulat nanti kena saman.
 
 
Coklat Fidani yang sudah terkenal. Hasil coklat-coklatnya memang kemas dan menarik. Lagi contoh bunga pahar coklat. Saya terlepas menyediakan semua ini untuk perkahwinan adik. Teringat tetapi sudah tak menang tangan membuatnya.
 
 
Antara barangan tembikar yang halal untuk dijadikan barang perhiasan. Cantik. Harga pun cantik. Saya tercari-cari juga produk barangan lain yang halal tetapi tidak terjumpa. Barangan kulit seperti beg tangan, kasut, jaket dan lain-lain. Produk peralatan membuat kek, kuih dan coklat seperti berus. Berus lukisan, berus cat pun sama. Ini semua penting. Halal bukan hanya makanan, minuman, barangan penjagaan kesihatan dan kecantikan sahaja. Betul tak?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...