Skip to main content

KLIBF @ PBAKL Datang Lagi

Hari ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sampai 4 Mei 2014. KLIBF itu acronym dalam bahasa lain. Hendak kata macam pameran perdaganggan itu, tidak rasanya. Saya pun tak tahu, ada atau tidak pembeli hak cipta macam pameran perdaganggan lain. Setahu saya ini memang pesta sebab dari hari pertama lagi, ada aktiviti jual beli. Macam hendak sambut hari raya, banyak promosi. Ada macam-macam tawaran, sana sini.

Dua hari lepas, datang tawaran penghargaan terima kasih dari ITBM. Baca. Inti patinya lebih kurang, boleh dapat potongan harga 50% tetapi jangan lupa kad pengenalan sebagai pengesahan identiti. Sudah dua tahun berturut-turut membeli belah di sini tetapi tidak dapat hadiah pergi ke London hahaha.

A Mother's Tears menarik perhatian waktu belek-belek katalog buku ITBM. 

Saya sudah baca novel terjemahan bertajuk, Amina. Novel terjemahan yang saya beli dari ITBM semasa KLIBF tahun lepas. Novel yang baik. Hmmm belum sempat buat ulasan novel ini dan oh ya, penulis buku ini, singgah di blog kerdil ini juga membuat promosi untuk bukunya terbitan ITBM. Saya panjangkan hasrat promosi penulis, Mohd Helmi Ahmad. Boleh pesan terus daripada beliau. Jengah sahaja blog beliau. Anda juga boleh dapatkan buku tulisan beliau di booth ITBM jika ke KLIBF. Tentu ITBM akan jual buku-buku terbitan ITBM.




Semalam, sms masuk dari Telaga Biru pula. Ada potongan harga 40%. Ada juga sehingga 80%. Kena semak langganan majalah Solusi saya. Hmmm...


Terima kasih, terima kasih. Siapa lagi? Cepat, cepat.

Saya dapat tahu Dr Faisal Tehrani sudah ada novel baharu, Bagaimana Anyss Naik Ke Langit. Harganya RM 18.00. Iklan promosinya di twitter @DubokPress. Tidak syak lagi, saya akan ke booth anda. Booth no. H16 - H19. Besar juga, 4 tapak. Banyak juga tajuk-tajuk buku semacam menarik.

Penulis kegemaran saya, Isa Kamari juga menghasilkan novel baharu. Tajuknya, Selendang Sukma. RM 35.00. Oh wow! Bagaimana Anyss Naik Ke Langit dan Selendang Sukma. Cukup. Ya ke cukup? Hmmm...

Jika pesta buku seperti ini juga, akan membolehkan saya mendapatkan buku-buku atau majalah-majalah terbitan tahun-tahun terdahulu, lagi saya suka. Buku-buku yang bagus tetapi bukan main payah hendak dapatkan. Dulu-dulu kala, poket kempis. Hendak beli tak mampu. Sama ada pinjam baca dari perpustakaan atau kawan-kawan. Sekarang pun poket tidak tebal mana pun tetapi untuk bahan bacaan berkualiti seperti itu, Insya Allah akan diusahakan untuk dijadikan koleksi peribadi. Huh!

Walaupun ada pembekal dari negara lain seperti Indonesia misalnya, saya masih belum dapat mencari beberapa buah buku terbitan negara itu yang memang berhajat sangat di hati untuk memilikinya. Pernah juga saya pesan pada suami ketika pergi ke Jakarta. Juga tak berjaya dicari. Kata seorang kawan, kalau pergi KLIBF dan membeli dengan harga yang sama, lebih baik beli di kedai-kedai buku sahaja. Untung-untung dapat potongan harga sehingga 20%. Betul juga tetapi saya mencari lebih daripada tawaran potongan harga. Biar dijual dengan harga sebenar tetapi bertetapan dengan apa yang saya inginkan.

Oh ya, mesti cari buku-buku untuk anak-anak juga. Smart Kids pun akan bermula esok, 25 April. Kalau pergi hari minggu ini, boleh bawa anak-anak pergi dua acara sekaligus.

Pergi KLIBF ini agenda wajib. Urusan rasmi dan persendirian. Cuma tahun lepas, saya rasa tak berbaloi. Memang bahan bacaan banyak. Sangat banyak tetapi yang menepati itu yang seperti tidak ada. Semangat untuk ke sana pada tahun ini tidak bersemarak seperti dulu lagi.

Comments

  1. Terima kasih atas promosi yang dilakukan ini. Ya, boleh juga dapatkan di booth ITBM di PBAKL.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...