Skip to main content

Ketupat Cinta

Mula-mula sekali menelek novel ini, Ketupat Cinta [Musim Pertama] memang dapat menggagak ada sambungannya. Lama sudah habis membacanya tetapi menunggu novel musim kedua. Konon hendak tahu apa kesudahannya. Sekarang sudah selesai kedua-duanya. Saya lebih menyukai yang pertama.

Ketupat Cinta [Musim Kedua] itu, saya dapatkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 tetapi saya cuma dapatkan tandatangan Dr Faisal Tehrani untuk novel Perempuan Nan Bercinta sahaja. (Novel itupun sudah habis saya baca). Lama juga saya tak ceritakan dalam blog ini tentang koleksi khutubkhanah saya, jadi inilah masanya. Sementelah sekarang minggu raya.

Novel satira yang boleh anda tersenyum-senyum sendiri ketika membacanya. Dr Faisal Tehrani menggunakan bahasa Melayu klasik dalam kedua-dua buah novel. Era penceritaan berkisar ketika Melaka di bawah pemerintahan Parameswara. Bukan ceritera biasa sejarah Melaka atau dogeng atau hikayat yang biasa kita baca. Juga berlainan dari teks Kesuasteraan Melayu seperti Sejarah Melayu (W.G.Shellabear) atau Hikayat Hang Tuah (Kassim Ahmad).


Memang ada kisah Pelanduk menendang anjing. Ada kisah Badang. Kisah pengislaman, Islam di Melaka, program realiti di TV, pemerintah, dasar pemerintahan, salah guna kuasa, kezaliman, hasad dengki, konspirasi, penindasan, persaingan yang tidak sihat dan segala macam isu yang sebenarnya berlegar pada masa ini tetapi lain dari pembacaan epik sebelum ini dan penuh dengan satira kelucuan. Itu yang tersenyum-senyum apabila membacanya. Siapa makan cili akan terasa kepedasannya. Terutama novel Ketupat Cinta [Musim Pertama].


Oh ya, hero kedua-dua buah novel ini adalah si tukang masak. Pak cik dan anak saudaranya. Tukang masak yang arif ilmu agama. Malah banyak mendidik sultan melalui masakan dan hidangannya. Tajuk novel pun nama masakan : ketupat. Kalau berani boleh juga mencuba resipi-resipi tradisional yang terkandung dalam novel-novel ini. Siap dengan asal usul makanan itu terhasil. Novel ini pernah jadi novel bersiri dalam akhbar Harian Metro. Juga pernah dikaitkan dengan kontroversi, dihentikan siarannya tetapi anda sebagai pembaca nilaikanlah sendiri. Memang ada isu-isu panas terseret sekali. Saya melihat penghasilan karya Dr Faisal Tehrani, banyak memberi penjelasan tentang isu sensitif yang dimainkan hari ini. Sekali lagi terpulang kepada pembaca untuk menerima penjelasan beliau.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...