Skip to main content

Salam Aidilfitri

Isnin minggu hadapan, kami sekeluarga akan pulang ke Pantai Timur untuk menyambut lebaran, Insya Allah. Hari minggu ini, kami berada di Utara. Kami tidak dapat beraya di Utara kerana cuti raya saya terhad. Saya akan bercuti sebelum sambutan Aidilfitri.

Saya cuma akan dapat balik semula beraya di Utara selepas seminggu sambutan Aidilfitri. Kerja kan. Cuma anak-anak berdua itu akan tinggal di Utara sementara menunggu kami tiga beranak balik. Si kecil itu kenalah ikut maknya sebab menyusu badan. Kasihan Opah dengan Tok Wan. Berharap sangat si kecil itu tinggal. Apa boleh buat, stok susunya hendak simpan di mana pula? Kalau simpan dalam peti sejuk Opah dengan Tok Wan, alamatnya hari raya nanti tak ada rendang ayam dan kuah laksa. Itu baru kes haru. Mengamuklah mak cik, pak ciknya.

Cuma, cuma, cuma Taska tutup hari Isnin itu. Kasihan Adik! "Adik ikut pergi kerjalah ye" Hahaha... Belum pernah lagi saya angkut anak-anak ke pejabat disebabkan tak ada pengasuh. Tengoklah tahun ini macam mana ceritanya, hahaha. 

Panjang melalut yang bukan-bukan. Banyak lagi hal yang belum selesai, inilah jadinya. 


Saya mohon maaf zahir dan batin kepada semua pengikut dan pembaca blog kecil ini. Hari ini kita sama-sama dapat menyambut Ramadan, tahun hadapan belum tahu nasib kita. Semoga Allah SWT masih beri kita kesempatan menyambut Ramadan lagi dan lagi, amin. Maafkanlah atas kekasaran bahasa, jika ada. Juga perbezaan pendapat antara kita, jika ada. Terima kasih atas kesudian kalian untuk membaca coretan saya yang tak seberapa. Telah saya duga, sememangnya sejak punya punya si kecil tidak banyak masa dapat diperuntukkan untuk blog ini. Namun Alhamdulillah, ada masanya masih sempat.

Selamat menyambut Aidilfitri. Mohon semua berhati-hati ketika menggunakan jalan raya. Malang itu tidak berbau. Pengalaman kemalangan tahun lepas masih berbekas di ingatan dan saya tidak mahu ada sesiapa pun di antara kita yang akan melalui perkara seumpamanya. Apalagi turut menyumbang dalam statistik kemalangan maut di musim hari raya. Nauzubillah, jauhkanlah.

Dalam keseronokkan kita beraya, ingat juga saudara seIslam kita yang tidak dapat bergembira seperti kita. Peperangan, bencana alam, pertumpahan darah, penindasan kuasa pentadbir negara, kemiskinan dan segala bentuk ujian yang sedang menimpa saudara Islam kita di Palestin, Mesir, Syria, Xinjiang, Myanmar dan lain-lainnya. Semoga Allah SWT memakbulkan doa orang berpuasa yang sedang teranaiya ini, amin. Insya Allah suatu hari nanti penzalim-penzalim ini akan menerima balasan setimpal. Janji Allah, itu benar.


Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...