Skip to main content

Salam Aidilfitri

Terasa sekejap benar masa berlalu. Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Jalan raya sedang sesak padat ketika ini. Harapnya kita semua pengguna jalan raya akan sampai ke destinasi tujuan dengan selamat. Masih ada geruh di hati setiap kali menaiki kenderaan. Trauma akibat kemalangan itu masih bersisa. Namun hidup harus diteruskan. Kali ini giliran kami sekeluarga beraya di Utara. Jika sebelum ini masih sempat juga meluangkan masa ke Pantai Timur tetapi besar kemungkinan tahun ini, kami tidak dapat meraikan syawal di Pantai Timur. Keadaan kesihatan dan juga cuti jadi benteng membataskan. Bercakap tentang kesihatan, Alhamdulillah kedudukan bayi dalam kandungan saya, kembali normal. Dua orang doktor pakar mengesahkannya. Perancangan Allah SWT memang lebih mengesankan. Ini hadiah besar buat kami sekeluarga untuk meraikan syawal.

Ketika ramadan masuk ke penghujungnya, bumi Iran dilanda gempa bumi dengan korban jiwa yang ramai. Juga bumi Xinjiang yang ditindas kerajaan China turut bergegar. Masih ramai saudara kita di serata pelusuk bumi yang sedang dianaiyai dan belum ada penghujung keadilan buat mereka. Dalam keseronokan menyambut syawal ini, mari sama-sama kita panjatkan doa buat mereka supaya terus tabah dengan ujian demi ujian. Amin.

Bagi semua pembaca malah pengikut blog kecil saya: Sejuta Warna Pelangi, terima kasih. Setinggi-tinggi penghargaan buat anda yang sudi meluangkan masa membaca catatan saya yang tidak seberapa. Maafkan saya sekiranya ada antara tulisan atau pendapat saya yang kurang manis dan tidak anda disenangi. Untuk menyajikan entri-entri terbaru, adalah cabaran besar selepas ini kerana Insya Allah saya akan menerima orang baru. Maafkan jika nanti anda hampa apabila singgah ke sini. Pun begitu jangan serik, saya masih berminat meneruskan blog kecil ini. Akan datang semua di tanganNya.


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...