Skip to main content

Bunga Kunyit

Lama tak bercerita tentang kebun mini yang ada di belakang rumah. Salah satu dari pokok ramuan yang ditanam ayah telah mati. Pokok kunyit. Susah juga tiada pokok kunyit sebab masakan yang dimasak dengan menggunakan kunyit hidup nampak lebih segar berbanding menggunakan serbuk kunyit. Lain warna kuningnya.

Februari lepas ketika balik kampung di Pantai Timur, saya minta sedikit benih pokok kunyit daripada Pok Lah. Banyak juga yang Pok Lah bagi. Saya bahagi dua. Sepasu di belakang rumah dan sepasu di hadapan rumah. Pokok-pokok ramuan di belakang rumah ini selalu sangat diserang bena dan belalang. Jadi saya cuba tanam sepasu di hadapan rumah.

Alhamdulillah, pokok kunyit itu hidup. Cuma lambat sangat. Saya fikir sepasu di hadapan rumah itu mati terus. Rupanya lambat benar hendak bertunas. Inilah yang dikatakan orang-orang tua, berbudi kepada tanah. Hasilnya jadi milik kita juga.


Alhamdulillah pokok kunyit di belakang rumah bukan sahaja tumbuh dengan elok, malahan berbunga pula. Teringat pada Puan Norhanani yang tercari-cari bunga kunyit ketika mengandung. Nampaknya rezeki saya makan ulam bunga kunyit ketika mengandung. Saya makan ulam bunga kunit dengan masak lemak cili padi ayam. Harapnya kunyit ini akan berbunga lagi nanti.  

Comments

  1. kalo masak rendang atau masak lemak cili api, daun kunyit pasti taruk...bunga?? x tau nak buat apa...=)

    selamat hari raya =)

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Saya Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun
    yang membantu merawat kanser tahap 1, 2, 3 dan 4
    serta menyokong pemulihan buah pinggang,
    dengan izin Allah.

    Herba ini juga membantu pemulihan bagi masalah berikut:

    Luka kronik kencing manis & gula tinggi

    Gastrik & GERD

    Masalah buah pinggang
    (eGFR rendah, creatinine naik, kencing berbuih)



    ---

    SOKONGAN BUAH PINGGANG & eGFR

    Membantu menaikkan eGFR secara berperingkat

    Membantu mengurangkan keradangan dalaman

    Membantu mengurangkan tekanan oksidatif

    Membantu menyokong fungsi penapisan darah

    Membantu kurangkan simptom lemah & cepat penat

    Sesuai diamalkan harian sebagai ikhtiar jaga buah pinggang



    ---

    FOKUS UTAMA HERBA

    Membantu memulihkan badan dari dalam

    Membantu menguatkan sistem dalaman badan

    Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik

    Membantu badan kembali kuat secara berperingkat



    ---

    KELEBIHAN HERBA

    Boleh diamalkan jangka panjang

    Fokus membantu badan sembuh secara semulajadi

    100% herba

    Tidak bertoksik & mesra badan

    Harga mampu milik & berbaloi untuk amalan berterusan

    Sesuai untuk pesakit jangka panjang



    ---

    TESTIMONI PESAKIT

    (Antara yang telah mengamalkan)

    En. Sharizal – Kanser Primary Mediastinal Large B-cell Lymphoma Tahap 4B

    Pn. Nor Hayati – Kanser Payudara Merebak Tahap 4

    En. Mohd Asri – Kanser Usus Tahap 2

    Suzana – Kanser Rahim Tahap 4

    Nor Azian – Kanser Payudara Triple Negative

    Muhd Aidil Izzat – Burkitt Lymphoma Tahap 4

    Noriza – Luka kaki kencing manis hampir dipotong, kini bercantum

    Adik Haziq – Hodgkin Lymphoma Tahap 4

    En. Ami Azhar – Kanser Kolon Tahap 3


    Testimoni Buah Pinggang:

    Puan Fuziah binti Ali – Pesakit buah pinggang Tahap 3B, kini menurun ke Tahap 1

    Zur Iffatin Nadia binti Zara’im – Pesakit buah pinggang Tahap 3B, kini menurun ke Tahap 1


    Dan ramai lagi…


    ---

    Video testimoni & kisah pemulihan:
    YouTube: Jutawan Herbs
    Blog: jusinfiniti.blogspot.com


    ---

    Jangan tunggu sampai badan makin lemah.
    Ikhtiar awal itu lebih baik.

    Saya sedia membantu dari sudut
    rawatan herba, pemakanan & sokongan emosi.

    WhatsApp: 017-468 7570
    Mohd Zuhairi bin Noordin

    Sharing is caring – semoga menjadi asbab kesembuhan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...