Skip to main content

KLIBF 2012 - Menariknya Buat Saya

Rasanya cerita Pesta Buku sudah basi tetapi kerana entri tertangguh ini lama terperam, jadi terbitkan sahajalah. Tidaklah membazirkan. Jangan marah! Kali ini lebih berhemah ketika berbelanja. Ya ke? Rasanyalah. Banyak yang berkenan di hati tapi banyak yang setakat belek dan letak kembali. Sekarang baru bulan 5, panjang lagi masa sebelum cukup setahun. Saban tahun belanja beli buku asyik meningkat, tak terkawal!
Ahad 29 April, bawa anak-anak naik LRT ke KLIBF 2012. Tak lama pun. Memang fokus membeli buku-buku untuk anak-anak sahaja. Seperti biasa tarikan booth-booth kanak-kanak dengan belon, tayangan kartun banyak melekakan mereka. Tahun ini anak-anak tak berkesempatan ke Smart Kids sebab kami balik kampung. Peluang ke pesta buku ini sebenarnya hendak mendekatkan lagi mereka dengan buku. Memang saya biasakan dari bayi lagi, mereka dekat dengan buku. Alhamdulillah.


Rabu 2 Mei, giliran bawa pegawai untuk kenal pasti bahan yang sesuai dijadikan koleksi di perpustakaan. Seharian di sini. Sakit bahu dan lenguh kaki. Apalagi sambil menyelam minum air. Ambil peluang singgah di beberapa buah booth untuk beli koleksi peribadi. Blog Dr Faisal Tehrani kembali bersiaran namun saya masih tak dapat membuka, membaca isinya. Ada tiga tajuk baru buah tangan beliau kali ini; Perempuan Nan Bercinta, Ketupat Cinta Musim ke 2 (Penggal Pertama) dan satu lagi tajuk yang tidak ketahuan. Penerbit karyanya juga entah siapa.

Sempat singgah di Telaga Biru untuk langganan baru Solusi. Alang-alang singgah terus daftar sebagai ahli Telaga Biru. Tidak beli satu apa pun yang lain di situ. Semasa mencari bahan bersesuaian di Dewan Bahasa terpandang novel Bedar Sukma Bisu. Lama mencari tak berjumpa, terus bayar harganya. Begitu juga halnya di Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM). Novel Perempuan Nan Bercinta tinggal senaskhah sahaja. Selepas berkeliling, akhir sekali sebelum balik barulah dapat singgah ke Ameen Book. Agak-agak sahaja Ameen Book pasti jadi pilihan Dr Faisal Tehrani untuk buku baharunya saban tahun kerana itu beriya menyinggah. Telahan yang tepat, novel Ketupat Cinta pun bertukar tangan.


 
Khamis 3 Mei, saya menghadiri Seminar Hak Cipta separuh hari. Selain pembentangan yang megujakan, ada juga buah tangan yang sangat berguna. Puas walaupun penat lelah semalam masih bersisa. Pengunjung KLIBF tidak surut-surut. Terutama pelajar sekolah. Sebelum jam 10 pagi sudah ramai yang memenuhi PWTC. Tidak banyak booth yang saya jejak. Kebetulan dari twitter Dr Faisal Tehrani, beliau hebahkan mengenai Sinema Spiritual. Jadi saya singgah di booth Harakah untuk mendapatkan naskhah baharu itu. Selebihnya saya mencari novel baharu untuk adik bongsu dan beberapa buah buku pesanan ayah.  

Jumaat 4 Mei, sebetulnya saya tidak perlu datang dan datang lagi ke KLIBF 2012 ini tetapi kerana saya yang menurut perintah, maka sekali lagi ada di sini. Jujurnya, kaki masih lenguh-lenguh. Tidak banyak bahan maklumat yang bersesuaian dapat di muatkan lagi dalam koleksi perpustakaan. Jadi saya berlegar di sekitar booth ITBM. Tuah memihak nampaknya. Dr Faisal Tehrani ada untuk sesi Wawancara Sofa Putih. Sempat berbual sementara mendapatkan autograf Dr Faisal Tehrani sebelum seisi wawancaranya bermula. Saya cuma bawa sebuah sahaja dari tiga naskhah baru yang dibeli semalam. Penggemarnya pula ramai sekali. Sayangnya, tak dapat saya ikuti keseluruhan sesi wawancara itu. Tetapi sedikitpun sudah memadai. Lebih baik daripada tiada, bukan?!




Ketika beliau dikerumuni peminatnya, dapat saya kesempatan berbual dan bergambar dengan siapa lagi kalau bukan penulis Melayu tersohor Singapura, Isa Kamari. Tetapi tak usah kita lihat foto saya, saya bukan penulis. Sayang sekali tak ada sebuahpun novel koleksinya yang saya bawa. Tuan Haji Isa juga tidak ada buah tangan baharu tahun ini. Namun pertemuan itu saya manafaatkan mencari jawapan yang lama tak terungkai. Ilham Sidek itu kisah benar atau rekaan penulis?


Memeluk Gerhana itu sangat mengesankan buat saya. Ini jawapan penulisnya, 80 peratus adalah kisah benar. Tiba-tiba rasa hendak mengulitnya kembali. Hendak menyerap semangat Ilham. Oh tetapi saya ada buah tangan baharu. Memeluk Gerhana, bukan sekarang. Tidak, tidak sekali pun saya rasa jemu. Inilah hasilnya berkampung KLIBF 2012.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang