Skip to main content

Kek Red Velvet

Akhirnya berjaya juga buat si baldu merah ini. Alhamdulillah. Bukan hasil yang sempurna tapi seronok sebab menjadi juga.


Tiba-tiba rasa teringin sangat hendak makan kek ini. Tapi bukan semua kedai kek ada menjual kek red velvet. Mulanya memang rasa malas hendak mencuba. Pertamanya, suami tidak berkenan kek ini. Kedua, saya cuma rasa teringin. Mungkin saya hanya akan makan sepotong sahaja. Biasalah perempuan mengandung. Anak-anak takkan makan kek ini. Siapa hendak habiskan? Kalau sedap, bolehlah kongsikan dengan jiran-jiran tetapi kalau tidak... hehehe... faham-faham sahajalah.


Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Saya guna resipi kek red velvet dari blog Kak Jun yang sangat rajin memasak. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

Resipi Kek Red Velvet

Bahan-bahannya:
11/4 cawan tepung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - saya guna pewarna pink rose
57 gram mentega tanpa garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan buttermilk - saya ikut petua Ita Masam Manis yang gunakan susu segar + 1/2 sudu lemon
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil soda

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung, garam dan serbuk penaik. Ketepikan.
2. Satukan serbuk koko dengan pewarna sehingga menjadi paste dalam bekas berasingan.
3. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
4. Masukkan telur. Pukul lagi.
5. Masukkan campuran serbuk koko dan pewarna. Pukul lagi hingga sebati.
6. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk.
7. Satukan cuka masakan dengan soda dalam bekas berasingan. Kemudian masukkan dalam adunan, kacau rata.
8. Tuangkan adunan dalam loyang berukuran 6". Bakar selama 50 minit atau sehingga masak pada suhu 170 C.  
9. Selepas kek sejuk, barulah boleh di potong untuk di sapu dengan cream cheese.

Seperti yang diduga, sepotong pun suami tak berjaya habiskan. Tak mengapalah, kawan-kawan ramai tolong habiskan. Rasanya pun tak begitu manis. Saya pun makan lebih daripada sepotong! Lain kali boleh cuba lagi.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...