Skip to main content

Sumpah Atas Penindasan?

Sumpah kata ganti nama lainnya adalah kaul. Kaul, tajuk asal novel yang memenangi hadiah penghargaan novel GAPENA Yayasan Sabah, karya Raja Ahmad Niza. Kaul diterbitkan pada tahun 1979, diganti dengan Sumpah, cetakan pertama tahun 1980.


Prinsip: yang tergadai mesti ditebus atau dibinasakan. Kata pepatah, kerana mulut badan binasa kerana itu kata mesti dijaga. Kata-kata boleh menjadi doa. Bayangkan ketika berkata-kata, pintu langit luas terbuka. Termakbul. Prinsip ini didokong oleh satu watak, Bidin namanya. Prinsip itu dikota kemudiannya. Tidak ditebus tetapi dibinasa. Itulah kaul terbesar dalam novel ini.

Sumpah Bidin, Shahron dan kebanyakkan pemilik tanah di kaki gunung Kampung Simpang Tiga supaya apa yang diusahakan broker tanah juga bekas penghulu, Engku Hasnol dan Tauke Lim, biar jahanam! Sumpah Engku Hasnol setelah apa yang diusahakan terlungkup malah kesejahteraan keluarganya mula goyah, biar mati! Akhirnya secara tidak langsung sumpah itu memakan nyawa, Badar di Simpang Tiga Mining. Milik Tauke Lim, atas usaha Engku Hasnol setelah menindas sebahagian besar penduduk Kampung Simpang Tiga. Tanah runtuh. Rumah pam roboh. Semua terkambus dalam tanah di Simpang Tiga Mining. Semua termasuk Badar yang selalu setia.

Latar tempat serasa dekat dengan diri. Kampar, Gopeng, Sungai Siput, Ipoh dan kawasan sekitar. Latar masa terasa sedikit jauh terbelakang. Ketika itu jelas, Perak sangat kaya dengan hasil galian, bijih timah. Lombong di sana sini. Kilang batu juga kilang simen. Hasil yang dikaut penindas. Hasil yang dikutip licin penjajah, juga. Tinggal apa pada kita?

Latar masyarakat, tidak banyak beza. Hasil penjajahan Ingeris dengan dasar pecah dan perintah. Pegangan ekonomi pada kaum Cina. Bangsa Melayu cuma pekerja bawahan. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lintah darat, walau cuma satu cukup menyesakkan hidup. Menjual agama. Menjaja bangsa. Sebetulnya memenuhkan kantung peribadi. Memanjang derita bangsa berlanjut-lanjutan. Tidak banyak perubahan, baik apapun latar masanya. Buka mata, buka telinga, buka minda, merasa dengan hati. Ramai orang melaungkan perjuangan bangsa Melayu. Benarkah begitu? Bangsa Melayu ramai yang tertindas di luar sana.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...