Skip to main content

Kembara: Dr Faisal Tehrani

Kembali Dr Faisal Tehrani menjadi penulis tamu majalah Intrend. Itu majalah fesyen. Apa yang 'in' dalam fesyen terkini? Entahlah, belek-belek gambar sahaja. Apa yang Dr Faisal Tehrani tulis mengenai fesyen? Tidak. Bukan fesyen. Buka ruangan gaya hidup dari mata lelaki, Dr Faisal Tehrani menulis tentang kembara. Sedikit berbeza. Jika anda harapkan beliau menggambarkan keindahan kota atau bandar yang dilawati atau mana tempat pilihan untuk sama dikunjungi atau di mana boleh dapatkan barangan dengan harga durian runtuh. Maaf, tidak akan anda temukan. Namun gambaran sebegitu ada dalam karya beliau. Keindahan Turki misalnya, dilukiskan dalam novel Surat-surat Perempuan Johor.


Kembara tentu sahaja memberi seribu erti. Menawarkan pengalaman baru. Mempelajai berbeza budaya. Bahkan melalui tulisan pojok Dr Faisal Tehrani, pelbagai lagi yang diperolehi.  



Tiga pengalaman berbeza beliau melalui kembara. Sebiji epal dari sebuah ladang di kampung pendalaman daerah Cide, Turki yang membina erat ikatan silaturahim. Lain budaya, lain bangsa,satu agama. Kelainan pada kembaranya yang mungkin tidak akan dilalui oleh kita.

Setiap kita tak lari dari anggapan. Salah anggapan menemukan rakan dalam kembaranya di Belgium. Penjelasan dari mulut bangsa Eropah sendiri tentang arak yang tidak lebih dicicip mereka sebagai teman bual. Bukan tanda kemodenan. Tidak juga pada penerimaan nilai-nilai Barat.

Kembara memaknakan hidup beliau. Masih ada manusia berhati mulia menerima seorang manusia lain tanpa mengenali sedikitpun. Itu yang beliau dapatkan dalam kembara di Mashad.

Beliau menyimpulkan diri sebagai pengembara yang mempelajari pemikiran, jasad dan jiwa. Malah beliau menginginkan lebih lagi. Ingin tahu apa lagi yang beliau impikan, juga pengalaman beliau secara jelaskan, dapatkan majalah Intrend November. Barangkali boleh meninjau di kedai majalah dan buku terpakai. Saya sendiri belum tergerak membeli.  

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...