Skip to main content

Lihat Kebunku

Gambar-gambar ini bukan gambar-gambar terbaru tetapi gambar-gambar yang diperam. Namun tetap hendak saya kongsikan. Pagi itu saya sedang sidai baju dan bersiap hendak ke hospital tiba-tiba, saya lihat pokok di kebun mini ini sedang berputik. Menarik. Latar belakang memang tidak begitu menarik, sila abaikan. Selama umur ini saya tidak pernah ambil peduli, pokok ini berbunga atau tidak. Siapa tahu ini bunga apa?


Masih kudup.

Beberapa hari kemudian, kelopak bunga mula kelihatan.

Bukan bunga orkid! Orkid saya belum berbunga.


Kuntuman lengkuas mula mekar berbunga. Hari ini bunga-bunga tersebut semuanya telah gugur menyembah bumi. Demikianlah lumrah alam.




Pokok kesum. Walaupun senang ditanam tetapi senang juga mati, ini pengalaman saya orang lain mungkin tidak.


Kunyit oh kunyit, tak mahu berbungakah? Ada perempuan sedang mengandung sulung mengidam hendak makan kerabu bunga kunyit. Rimbunan pokok pandan di belakangnya. Pokok kucai di sebelahnya.

Tidak kelihatan pokok serai, pokok halia, pokok kantan dan pokok kari. Pokok serai tidak begitu cantik tumbuhnya. Halus-halus sahaja, tak apalah masih boleh di makan. Sesak-sesak tak perlu beli. Daun-daun halia kena serangan ulat. Kasihan! Hasilnya bagus juga, sudah beberapa kali saya ambil. Pokok kantan sudah mula tumbuh. Ayah baru tanam, lambat lagi baru boleh merasa hasilnya. Paling menjadi tentulah pokok pandan dan kari. Pokok kari sedang bercambah kerana saya rajin kongsikan dengan jiran-jiran dan kawan-kawan akan hasilnya. Inilah hikmahnya berbudi kepada tanah. Inilah budi ayah dan emak. Nanti apabila rimbun pokok kari semakin cantik dan saya teringat ambil gambar, barulah boleh pokok kari boleh posing dalam blog ini.

Ada banyak perkara terjadi dan ada sedang berlaku serta akan berlaku. Semoga semuanya memberi manafaat. Seperti pohon, ada hasilnya Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...