Skip to main content

Marilah Doakan

Hati siapa yang tidak gundah? Saya mengenalinya belumpun sampai 2 tahun namun baik budinya tidak ada yang boleh menyangkal. Pada mulanya, beliau sangat pendiam dan pemalu. Hanya bercakap apabila perlu. Kata orang, diam itu lebih baik. Namun kerana 'diam' itulah, beliau dijadikan sasaran dan umpan itu mengena. Beliau dikatakan tidak pandai bergaul. Ah ada banyak lagi rentetan sehingga isu besar ini timbul dan meledak.

Hati siapa yang tidak gundah? Walaupun bukan saya yang terkena namun saya rasa tempiasnya. Saya terpanggil untuk sama-sama memikul beban. Sebagai seorang kawan, saya merasakan itu perlu. Tanggungjawab saya. Alhamdulillah, bukan saya sahaja berasa begitu. Beberapa orang di sini juga merasakan yang sama. Atas dasar setiakawan, tak tergamak membiarkan beban itu dipikul seorang diri. Jadi kami akan membantu sedaya upaya. Kami telah sama-sama membincangkan langkah-langkah yang perlu sekiranya perkara buruk itu tak dapat dielakkan. Sekaligus akan dapat membuka mata semua pihak, kami bersatu menyokong beliau. Beliau 'timun', kami 'timun', bagaimana hendak melawan 'durian'.

Seboleh mungkin, kami mendoakan isu ini berakhir dengan kesudahan yang baik. Peratusnya kecil, namun kami sangat-sangat berharap. Sukar untuk menebak rasa sebenar dalam dirinya kerana apabila membicarakan soal ini, beliau hanya tersenyum. Namun senyuman itu memberi bayangan kecewa. Tambahan pula memang jarang sekali beliau meluahkan kekecewaan tetapi siapa dapat menafikan gundah di hatinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya Allah yang tahu. Marilah kita sama-sama mendoakan penyudah yang gembira. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...