Skip to main content

Posts

YB Datuk Seri Salahuddin Ayub Meninggal Dunia (1961 - 2023)

Pada 23 Julai 2023 bersamaan 5 Muharram 1445 H, pukul 9:23 malam YB Datuk Seri Salahuddin Ayub telah dijemput kembali ke sisi Pencipta. YB pergi ketika sedang menjalankan tugas rasmi. Sesuatu yang diniatkannya sekian lama. Selamat berehat panjang, YB. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, aamiiin.  

Salam Zulhijjah - Jom Puasa

 Alhamdulillah. Kita sudah masuk ke bulan Zulhijjah. Selamat beramal. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama beribadah. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah SWT menerima amal ibadat kita, aamiiin.

#prayforhawari SAR Hawari Gagal

Pasukan Malaysia Everest 2023 menamatkan SAR Hawari sehari lebih awal kerana dron yang digunakan telah mengalami kerosakan. Kita manusia hanya boleh merancang dan berusaha, Allah SWT yang menentukan segalanya. Inilah ketentuan daripadaNya untuk ketika ini. Petang semalam sebaik sahaja mendapat perkhabaran ini dari media sosial pasukan Malaysia Everest 2023, saya menangis teresak-esak. Saya tidak tahu mengapa tetapi hati rasa sangat hiba. Semoga Allah SWT mengurniakan sebesar-besar kesabaran buat seluruh ahli keluarga Hawari. Isteri Hawari seorang mualaf. Puan Saffiyah Tang Xie Ling, seorang OKU Pendengaran sama seperti Hawari. Malah Hana Sakeena anak sulung pasangan ini juga, OKU Pendengaran. Saya sangat percaya Allah SWT tidak akan membebankan hambaNya melebihi daripada kemampuannya. Sudah tentu ada hikmahNya. Allah SWT bekerja penuh rahsia. Hanya Dia yang tahu segala sesuatu yang tersembunyi di sebalik kejadian ini. Apakah akan ada keajaiban? Mengapa tidak? Semuanya dalam ketentuan A...

#prayforhawari Semoga SAR Berjaya

Setiap orang punya impian. Impian Muhammad Hawari Hashim adalah untuk menawan puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest (kira-kira 8,848 meter dari aras laut). Hawari telah berjaya mencapai impiannya. Pada tanggal 18 Mei 2023 kira-kira pukul 3:30 petang dengan dibimbing oleh malim gunung ( Sherpa ), Chatur Man (Chakra) Rai, Hawari berjaya berada di puncak dunia. Berita kejayaan Hawari dilaporkan dalam The Himalayan Times dan BNN serta media tempatan. https://thehimalayantimes.com/nepal/deaf-mute-malaysian-climber-creates-history-scaling-mt-everest https://bnn.network/breaking-news/deaf-mute-malaysian-climber-makes-history-scaling-mt-everest/ Hawari melakar sejarah sebagai pendaki OKU pertama negara yang berjaya ke puncak Gunung Everest. Dalam satu kenyataan tidak rasmi menyebut, Hawari merupakan pendaki OKU pendengaran kedua di dunia yang berjaya menawan puncak Gunung Everest. Sekaligus menjadikannya pendaki OKU pendengaran pertama di ASEAN. Tahniah Hawari.  Gambar terakhir Hawari ...

Lelaki Atau Perempuan Lebih Ramai?

Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan satatistik jumlah penduduk Malaysia bagi tahun 2022 dianggarkan berjumlah 33.2 juta orang. Penduduk lelaki dianggarkan berjumlah 17.5 juta orang melebihi jumlah penduduk perempuan yang dianggarkan berjumlah 15.7 juta orang.  Jika ada suami yang beri alasan untuk berkahwin lagi kerana bilangan lelaki di Malaysia lebih ramai daripada perempuan. Patahkan hujah ini hahaha. Just kidding .   Tiga tahun berturut. 2020. 2021 dan 2022. Bilangan penduduk lelaki di Malaysia lebih ramai berbanding dengan penduduk perempuan. Jadi mari kita sama-sama bimbing anak-anak lelaki kita menjadi lelaki yang soleh. Lelaki berhemah. Berketerampilan. Mari kita sama-sama lahirkan pemimpin berkualiti. Semoga ada perkembangan yang lebih positif. Tidak lagi hanya perempuan yang mendominasi semuanya.  Kita berjaya melahirkan anak-anak perempuan yang hebat. Tidak mustahil kita dapat menjadikan anak-anak lelaki kita yang sama gahnya. Melanjutkan pengaj...

Belangsukawa Abang Jamaluddin Md Aris

Telah pulang ke Rahmatullah, biras saya Jamaluddin Md Aris. Pulang ke pangkuan Ilahi ketika sedang menunggu untuk melakukan prosedur MRI di hospital. Pemergian yang sangat mudah dan cepat. Menamatkan penderitaan sakit yang tidak diketahui puncanya sejak pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama kami pada 13 Ramadan 1444 H (4 April 2023), lebih kurang pukul 11:00 pagi. Hari ini genap sebulan pemergiaannya. Beruntungnya Abang Jamal kerana meninggal pada bulan yang mulia, bulan Ramadan. Bertuahnya Abang Jamal kerana menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan diri telah dibersihkan. Berbahagia Abang Jamal kerana pergi menghadap Ilhai dalam pangkuan satu-satunya zuriat arwah. Sempat saya titipkan pesan kepada anak tunggalnya, "Along, ayah memang dah tak ada tapi Along masih keluarga kami." Apabila seseorang itu berpindah dunia, kita hanya akan mengenang segala kebaikkannya. Mengingatkan arwah selalu berkongsi dengan kami, keluarga iparnya, sesuatu yang menggembirakan. Apabila ...

Salam Aidilfitri 1444H

  Masih belum terlewat bukan? Hari ini Syawal ke 5. Saya sudah mula bekerja sejak semalam lagi. Giliran bekerja selepas Aidilfitri. Alhamdulillah perjalanan pergi balik ke kampung lancar. Cuma berdepan dengan sedikit kesesakan ketika pulang dari kampung. Apa pun kami perlu mengharungi satu lagi episod perjalanan ke kampung. Kami perlu pulang ke kampung saya pula untuk berhari raya bersama keluarga saya. Walaupun anak-anak bimbang akan menempuh episod yang panjang di perjalanan, saya pujuk mereka kerana selagi kedua ibu bapa masih ada, selagi itu perlu ambil peluang bersama mereka. Apatah lagi dalam sambutan penting seperti hari raya. Semoga semua urusan kami dipermudahkan, aamiin. Cabaran menyambut Syawal kali ini, cuaca panas, bekalan air yang kurang dan serangan cirit birit. Masalah bekalan air bukan perkara baharu. Maslaah yang belum dapat ditangani walaupun memakan masa bertahun-tahun. Cuaca panas menyebabkan perigi hampir kering airnya. Benar-benar menduga cuaca panas ini. Har...