Skip to main content

#prayforhawari SAR Hawari Gagal

Pasukan Malaysia Everest 2023 menamatkan SAR Hawari sehari lebih awal kerana dron yang digunakan telah mengalami kerosakan. Kita manusia hanya boleh merancang dan berusaha, Allah SWT yang menentukan segalanya. Inilah ketentuan daripadaNya untuk ketika ini.



Petang semalam sebaik sahaja mendapat perkhabaran ini dari media sosial pasukan Malaysia Everest 2023, saya menangis teresak-esak. Saya tidak tahu mengapa tetapi hati rasa sangat hiba. Semoga Allah SWT mengurniakan sebesar-besar kesabaran buat seluruh ahli keluarga Hawari. Isteri Hawari seorang mualaf. Puan Saffiyah Tang Xie Ling, seorang OKU Pendengaran sama seperti Hawari. Malah Hana Sakeena anak sulung pasangan ini juga, OKU Pendengaran. Saya sangat percaya Allah SWT tidak akan membebankan hambaNya melebihi daripada kemampuannya. Sudah tentu ada hikmahNya. Allah SWT bekerja penuh rahsia. Hanya Dia yang tahu segala sesuatu yang tersembunyi di sebalik kejadian ini.

Apakah akan ada keajaiban? Mengapa tidak? Semuanya dalam ketentuan Allah SWT.

Negara pernah digemparkan dengan kehilangan dua orang pendaki pada 20 November 2016 di pergunungan Damavand, Iran. SAR keduanya diteruskan dari semasa ke semasa sehingga kedua-duanya ditemukan. Sudah tentu sama seperti Gunung Everest, Gunung Damavand juga ada tempoh masa selamat untuk pendakian. Bergantung pada cuaca yang baik untuk usaha SAR dan pendakian tetapi usaha tetap diteruskan.

https://www.youtube.com/watch?v=7VSOKj_au70

Luangkan sedikit masa untuk menonton podcast Sinar Harian. Perkongsian Saudara Mohd Khafiz mengenai kehilangan dua orang pendaki Malaysia di Gunung Damavand, Iran. Alhamdulillah kedua-duanya berjaya ditemukan setelah enam hari dan lebih kurang setahun selepas dilaporkan hilang. Keadaan jenazah kedua-duanya masih dalam keadaan baik kerana diliputi oleh salji. Jenazah kedua-duanya juga telah diterbangkan dari Iran untuk dikebumikan di tanah air. 

Jenazah Syed Redzuan ditemui pada hari ke enam

Jenazah arwah Ramli ditemukan setelah hampir setahun

Harapan kita Hawari juga akan ditemukan semula dalam keadaan selamat. Tidak ada yang mustahil jika Allah SWT berkehendak. Semoga Hawari akan ditemukan semula, aamiin.

#prayforhawari #SARHawari

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...