Pada suatu hujung minggu, kami anak beranak menghabiskan masa menonton filem bersiri Jepun, High and Low . Ini bukan filem bertemakan kekeluargaan tetapi kami memilih untuk meraikan minat anak-anak yang sedang meniti usia dan meningkat remaja. Antara cara kami meraikan minat anak-anak adalah dengan menonton bersama-sama dengan mereka. Anak lelaki kami lebih menyukai karya seni dari Negara Matahari Terbit; Jepun berbanding dengan anak gadis yang sukakan karya seni dari Korea Selatan. Sebetulnya dalam tempoh yang agak lama, saya sudah sangat kurang menonton drama atau filem dari Jepun. Salah satunya kerana ada adegan romantis berlebihan yang kurang sesuai ditonton bersama keluarga. Sebenarnya sama sahaja, drama dan filem dari Korea Selatan pun sudah banyak adegan sebegini. Agak gusar juga kerana hubungan cinta kemudiannya diikuti dengan perhubungan intim pasangan kekasih. Seolah ianya satu kemestian. Seakan itu sebagai bukti cinta. Sedangkan ini sangat bertentangan...