Apa pendapat anda apabila melihat poster filem arahan Tatsushi Ohmori ini? Adakah anda melihat betapa dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya? Adakah anda merasakan betapa mesranya hubungan seorang ibu dengan anaknya? Apakah makna seorang ibu? Ada satu petikan mengatakan, anda merupakan seorang ibu apabila anda mengutamakan kebahagiaan dan kepentingan anak, melebihi kebahagiaan dan kepentingan anda sendiri. 'Mother' mengisahkan seorang anak bernama Shuhei yang bukan sahaja diabaikan oleh ibunya. Malah menerima penderaan emosi, mental dan fizikal secara berterusan. Hasilnya, Shuhei tumbuh sebagai seorang remaja yang 'kosong'. Tidak ada arah tujuan dalam hidupnya. Tidak ada impian mahupun kesukaan. Seluruh hidupnya diabadikan sepenuhnya untuk ibunya. Shuhei seorang anak yang sangat baik. Shuhei juga tidak banyak bercakap (pendiam) demi melindungi ibunya. Shuhei bersedia melakukan segala yang dipinta oleh ibunya tanpa banyak soal. Tidak perlu ke sekolah. Shuhe...