Skip to main content

Prasangka Buruk Itu Pembunuh Senyap - Flower of Evil


Belek-belek banyak betul cerita duduk dalam 'draft'. Hahaha. Apa sahajalah yang saya fikirkan? Entahlah. Cuma hendak beritahu cerita ini bagus. Kalau anda belum tonton, tontonlah. Ramai kawan-kawan di fb bercakap pasal Flower of Evil, bagus. Kalau baca ulasan pun ramai yang cakap tak rugi tonton. Ketika dan waktu itu memang belum ada kesempatan nak tonton. Walaupun yang berlakon itu, Lee Joon Gi. Dengar Lee Joon Gi berlakon sahaja memang terus percaya cakap-cakap, drama itu bagus. Ada lagi satu drama baharu Lee Joon Gi, Again My Life yang belum ditonton. Anda bagaimana?

Masa mula langgan Netflix, cari-cari drama ini tak jumpa. Rupa-rupanya memang tak ada pun. Kecewa juga. Kemudian Netflix umumkan 24 Januari 2021, baru Flower of Evil boleh ditonton. Apa lagi kan.

Saya mesti akui ianya hebat. Plot drama ini menarik sangat susunannya. Banyak kejutan. Lakonan Lee Joon Gi tak pernah mengecewakan. Bermain dengan emosi memang kepakaran Lee Joon Gi. Tahniah Lee Joon Gi. Menang anugerah pun. Ini kali pertama saya tonton lakonan Moon Chee Wan. Lakonannya bersama Lee Joon Gi dalam Criminal Minds, belum tonton lagi. Pilih-pilih juga nak tengok kdrama. Cari drama dengan episod paling sedikit. Tambah pula sekarang tak banyak masa senggang. Berbalik kepada apa yang menarik sangat dengan Flower of Evil?

Kalau anda mencari tema cinta. Ya, ini memang cerita cinta. Mesej. Saya suka mesej drama ini. Saya suka jika saya boleh belajar sesuatu. Dalam drama ini saya dapat tahu, seseorang psikopat tidak dapat menjaga sesuatu atau seseorang yang lebih lemah daripadanya. Ini salah satu daripada dapatan Moon Chee Wan atau Detektif Cha ketika menilai seseorang yang dilabel sebagai psikopat. Benarkah orang itu psikopat?

Dalam penyampaiannya. Mesejnya, jangan cepat prejudis. Jangan terburu menghukum.   

Kenapa prasangka buruk itu pembunuh senyap? 

Kenapa menghakimi orang secara salah itu membunuh secara halus?

Prasangka dan menghukum secara salah itu boleh jadi fitnah. 

Apa kaitan dengan Flower of Evil? Pandangan orang. Penerimaan orang. Ya. Pandangan orang dan penerimaan orang dengan sangkaan buruk hampir membunuh dan membinasakan, Do Hyeun Soo (Lee Joon Gi). Hanya kerana mediang ayahnya Do Min Seok seorang pembunuh bersiri, dia jadi mangsa kebencian dan fitnah. Ini macam bapa borek anak rintik, konon-kononnya. Penduduk kampung bersangka-sangka yang dia juga rakan suhabat dalam aktiviti kejam sang ayah, sementelah mayat salah seorang mangsa masih belum ditemui. Padahal dia dan kakaknya sama seperti orang lain, hanya mengetahui sisi jahat ayah selepas kematiannya. Pembunuh bersiri, ayah mereka Do Min Seok dikatakan telah membunuh diri.

Do Hyeon Soo ketika kecil telah diagnosis dengan kecelaruan personaliti antisosial. Antaranya dia sukar memahami dan menunjukkan rasa termasuk empati terhadap orang lain. Malah dia juga tak menunjukkan kekesalan apabila melakukan sesuatu kesalahan. Ada adegan Do Hyeon Soo belajar dari video tentang ekspresi wajah. Bagaimana untuk tersenyum dan bersedih. Sampai ke tahap itu. (Saya tahu autistik tidak tahu membeza dan memberikan reaksi sahaja selama ini). Dia tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan reaksi dan apa rasanya. Sebenarnya keadaan Do Hyeon Soo diburukkan lagi dengan kehilangan ibunya. Seorang anak kecil kehilangan ibu, sudah pasti mempengaruhi jiwa serta tingkah lakunya. Hal ini gagal dikesan oleh psikiatri yang merawatnya. Boleh dikatakan kegagalan terbesar kerana memberi pengaruh dalam hidup Do Hyeon Soo.

Oleh kerana tidak tahan dengan 'seksaan' dan 'penderaan' penduduk kampung yang diketuai oleh penghulunya terhadap Do Hyeon Soo, kakaknya Do Hae Soo bertindak membunuh lelaki kejam itu. Do Hyeon Soo menyedari tindakan lalu mengambil keputusan untuk bertanggungjawab. Alasannya kerana dia tidak mempunyai 'perasaan'. Dia beranggapan yang dia boleh 'menyerap' semua tekanan yang takkan mampu dipikul olek kakaknya. Lalu bermulalah episod Do Hyeon Soo hidup sebagai pelarian polis. 

Kes pembunuhan bertahun-tahun itu kemudiannya timbul semula tatkala seorang wartawan sekampung, sepermainan dengannya, membangkit dan mengaitkan dengan misteri pembunuhan bersiri yang belum selesai. Berlaku pula kes pembunuhan dengan peniruan taktik yang digunakan Do Min Seok. Menyentak Do Hyeon Soo yang telah 'selesa' menggunakan identiti Baek Hee Sung selama beberapa tahun. Hidup sebagai pelarian dan penyamaran, Do Hyeon Soo sangat berhati-hati. Namun yang merumitkan situasi, isterinya sendiri, Cha Ji Won merupakan detektif yang menyiasat kes-kes pembunuhan tersebut. Ada rahsia lain juga tersembunyi di sebalik kes pembunuhan bersiri yang masih misteri. Terseksa sungguh apabila terpaksa hidup dengan syak wasangka. Banyak sangat plot twist.



Kiri "
Saya memerlukan wanita ini". Kanan, "Bolehkah saya mempercayai lelaki ini?"

"Saya tidak peduli jika semua orang bersangka buruk dan salah menghakimi saya tetapi bukan awak. Awak bukan semua orang. Setidak-tidaknya bukan kepada saya"

Kepercayaan. Padangan dan penerimaan. 

Do Hyeon Soo berusaha keras 'membebaskan' dirinya daripada yang dilabel oleh masyarakat. Bukan untuk orang lain cuma untuk isterinya sendiri. Bagi kekal memenangi hatinya. Untuk kekal mendapatkan kepercayaannya. Hidup dalam tanda tanya, "Kenapa dan mengapa dia perlu melalui semuanya itu?"

Kekecewaan terbesar Cha Ji Won bukan ketika penyamaran Do Hyeon Soo terbongkar. Sekalipun terkejut, dia tidak terburu menghakimi tetapi cermat menyelongkar rahsia masa silam dan identiti sebenar suaminya. Memang hancur hatinya mendengar pengakuan suami tidak pernah mencintai dirinya sama sekali. Namun perasaan cinta yang dirasai lebih besar erti berbanding dengan ungkapan kata-kata. Cha Ji Won meyakinkan Do Hyeon Soo bahawa dirinya sangat dicintai oleh suaminya itu. Dia yang bersungguh-sungguh dari mula perkenalan mereka berusaha untuk 'masuk' ke dalam hidup Do Hyeon Soo walau ditolak berkali-kali. Hanya dia yang menerima Do Hyeon Soo tanpa prejudis. 

Kekecewaan terbesar dirasai Cha Ji Won apabila Do Hyeon Soo hilang semua memori, 14 tahun bersama-sama dengannya. Ini bermaksud Do Hyeon Soo juga tidak ingat tentang satu-satunya anak kesayangannya. Patah hatinya. Do Hyeon Soo pada mulanya berpegang pada diagnosis dia tak punya perasaan. Dirinya adalah jiwa yang hilang arah. Setelah diyakini orang-orang terdekat dengannya, Do Hyeon Soo berusaha mencari cinta dan kenangan yang hilang itu. Kesudahan yang membahagiakan. 

Bahagia ini subjektif sifatnya. Terlihat bahagia belum tentu benar-benar bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...