Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Doa Untuk Adik Ainul Mardhiah

Sejak awal ikut perkembangan adik Ainul Mardhiah. Ketika tular tentang penyakit barah Germ Cell Tumor yang dideritainya. Perjalanan menjalani pembedahan. Alhamdulillah berjaya. Sesekali ada berita tentang perkembangan Ainul Mardhiah yang sudah menjangkau usia 4 tahun dalam keadaan sihat dan ceria.  Namun kemudian dikejutkan dengan berita kesihatannya merosot secara tiba-tiba sehingga ditidurkan. Beberapa hari lepas, dimaklumkan ubat tidur telah dihentikan dan Ainul Mardhiah kelihatan kesihatan semakin membaik.  Anak ini sangat kuat orangnya. Semoga Ainul Mardhiah terus kuat dan sihat. Namun ujian untuk Ainul Mardhiah belum berakhir. Semalam ibu bapa Ainul Mardhiah memuatkan kenyataan sedih berhubung keadaan terkini anak mereka. Kali pertama Ainul Mardhiah diserang sawan. Berkali-kali. Ainul ditidurkan semula untuk merehatkan otaknya. Membacanya sahaja sudah cukup buat mata berkaca-kaca. Pengalaman ahli keluarga dan kawan ketika diserang sawan datang menyerbu. Buat dada rasa sa...

Apabila Kau Duduk Dalam Minoriti

Pada awal tahun ini (Januari) pembantu berkongsi kisah. "Adik saya dapat 48 (kenaikkan pangkat)" Saya sambut dengan bersahaja. Mengucapkan syukur dan tahniah. Bagi saya tidak ada yang mengejutkan dengan berita kenaikkan pangkat adik beliau itu.   "Tapi dia baru lagi (dalam perkhidmatan)" "Betul tapi kena ingat gred jawatan dia banyak. Cukup haul ( time based ) naiklah pangkat" Saya memahami. Ada dalam kasut yang sama. Bukan beliau tidak gembira tetapi setelah bertahun-tahun bekerja, beliau masih di takuk yang sama. Sedangkan adiknya masih dikira baharu lagi mendapat kenaikkan pangkat dianugerahi rezeki kenaikkan pangkat lagi.  Mengingatkan kembali ketika saya menerima berita gembira kenaikkan pangkat hakiki seorang sahabat baik. Sudah tentu saya gembira. Namun entah mengapa saya terus terkenangkan saat saya mengesahkan salinan sijil-sijil beliau apabila beliau menyertai perkhidmatan. Nama saya sudah tentu tidak akan berubah tetapi nama jawatan saya di cap ...

Prasangka Buruk Itu Pembunuh Senyap - Flower of Evil

Belek-belek banyak betul cerita duduk dalam ' draft '. Hahaha. Apa sahajalah yang saya fikirkan? Entahlah. Cuma hendak beritahu cerita ini bagus. Kalau anda belum tonton, tontonlah. Ramai kawan-kawan di fb bercakap pasal  Flower of Evil ,   bagus. Kalau baca ulasan pun ramai yang cakap tak rugi tonton. Ketika dan waktu itu memang belum ada kesempatan nak tonton. Walaupun yang berlakon itu, Lee Joon Gi . Dengar Lee Joon Gi berlakon sahaja memang terus percaya cakap-cakap, drama itu bagus. Ada lagi satu drama baharu Lee Joon Gi, Again My Life yang belum ditonton. Anda bagaimana? Masa mula langgan Netflix, cari-cari drama ini tak jumpa. Rupa-rupanya memang tak ada pun. Kecewa juga. Kemudian Netflix umumkan 24 Januari 2021, baru Flower of Evil boleh ditonton. Apa lagi kan. Saya mesti akui ianya hebat. Plot drama ini menarik sangat susunannya. Banyak kejutan. Lakonan Lee Joon Gi tak pernah mengecewakan. Bermain dengan emosi memang kepakaran Lee Joon Gi. Tahniah Lee Joon Gi. Menan...

Autisme - Kerusi Penenang (Oto Hugging Chair)

Berita baik buat autistik, kini ada sebuah kerusi dicipta bagi membantu memberi ketenangan ketika diserang anxiety atau panic attack. Meltdown bagi autistik yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa dan penjaga mereka bukan sesuatu yang mudah.  Tahniah kepada Alexia Audrain  seorang pereka dari Perancis yang telah berjaya mencipta sebuah kerusi penenang untuk penghidap autisme (kecelaruan spektrum autisme). Menurut beliau, kerusi ini dihasilkan bersama dengan autistik, tenaga pengajar serta ahli psikometrik bagi mendapatkan hasil terbaik buat autistik. Walaupun ciptaan ini masih baharu namun diharapkan dapat membantu autistik di luar sana.  Berfungsi seakan dipeluk dengan erat, pengguna yang duduk di atas kerusi seperti berada dalam kepompong dengan dinding yang boleh dirapatkan serta kaki turut diurut untuk memberi ketenangan yang diperlukan. Kerusi ini dikawal menggunakan alat kawalan yang ditetapkan oleh pengguna.  Terima kasih kepada barisan produksi kdrama, Extraord...