Skip to main content

Rezeki Pokok Pudina

Pernah tak dengar 'tangan panas'? Tangan panas ini simpulan bahasa yang bermaksud selalu gagal. 

Dalam aktiviti bercucuk tanam atau berkebun seseorang itu disifatkan 'tangan panas' apabila tanam sesuatu tetapi tak menjadi 'tangan sejuk' apabila tanam apa sahaja elok tumbuh dan menjadi hasilnya?

Sungguh benarkah?

Ada yang menyangkal dakwaan itu. Rujuk, Tangan Panas Tangan Sejuk: Mitos atau Realiti

Ketika makan bersama-sama dengan anak-anak di restoran mamak berhampiran dengan rumah awal bulan Syawal lalu, saya kagum melihat pokok pudina tumbuh subur dalam pasu bunga yang ditanam bersama dengan pokok hiasan lain. 

Kagum kerana beberapa kali percubaan saya menanam pokok pudina, gagal. Walaupun ramai menyimpulkan pokok ramuan ini termasuk dalam kategori mudah untuk ditanam.

Pernah beberapa tahun lepas, berhasil menanam pokok pudina. Beli anak pokok dari penjual di pasar minggu tetapi pokok pudina itu mati kerana ditinggalkan tanpa penjagaan ketika pulang ke kampung. Setelah itu percubaan menanam pudina menemui episod kegagalan demi kegagalan. 

Beberapa kali membeli pudina di pasar minggu semata-mata untuk dapatkan keratannya. Percubaan beberapa kali itu juga gagal. Guna pucuk juga pernah. Simpulkan keratan batang juga pernah. Pernah juga adik berikan benih tetapi mati juga, setelah beberapa minggu. 

Adakah saya 'tangan panas'?

Entah. Cuma saya masih belum mahu mengalah walaupun kegunaan pokok herba ini tidak termasuk dalam keutamaan saya. Lebih kepada suka-suka sahaja. 

Saya minta sedikit benih pokok pudina daripada pekerja restoran. Dapat beberapa urat beserta dengan akarnya. 

Pada awal bulan Zulkaedah, ini hasilnya dari dua urat yang berjaya hidup. Alhamdulillah. 

Berbalik pada soal rezeki dan kehendak Allah SWT juga sebenarnya. Insyaallah, apabila elok bercambah dan suburnya, pokok pudina ini akan dikongsikan dengan orang lain. Biar hasilnya jadi milik bersama. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...