Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2022

Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan - Satu Inspirasi

Anda sudah menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan? Filem yang setakat hari ini telah mengatasi tayangan Top Gun Maverick dan Jurassic World dengan kutipan berjuta ringgit. Tahniah! Saya baca sanjungan dan kecaman berkenaannya. Saya kira anda juga sama. Namun tidak adil berpegang pada nilaian pujian ataupun cacian semata. Jika filem ini berjaya mengatasi tayangan filem daripada aktor hebat seperti Tom Cruise dan siri tayangan seperti Jurassic bermakna penonton suka akan genre yang dihidang. Setidak-tidaknya kita lari dari dihidangkan filem yang setoriotaip sifatnya. Cinta antara dua insan yang tak lapuk dek zaman. Percayalah zaman maju sebagaimana pun tetap manusia gemar meletakkan darjat sebagai kayu ukur. Cerita yang mengajak anak muda ke jalan-jalan dan lorong-lorong, pusat hiburan dan pesta-pesta. Bergaduh, berlumba dan segala macam bentuk masalah sosial. Tidak ramai yang berpatah ke pangkal jalan hanya dengan menonton filem sedemikian sebaliknya lebih kepada meraikan h...

Rezeki Pokok Pudina

Pernah tak dengar 'tangan panas'? Tangan panas ini simpulan bahasa yang bermaksud selalu gagal.  Dalam aktiviti bercucuk tanam atau berkebun seseorang itu disifatkan 'tangan panas' apabila tanam sesuatu tetapi tak menjadi 'tangan sejuk' apabila tanam apa sahaja elok tumbuh dan menjadi hasilnya? Sungguh benarkah? Ada yang menyangkal dakwaan itu. Rujuk, Tangan Panas Tangan Sejuk: Mitos atau Realiti .  Ketika makan bersama-sama dengan anak-anak di restoran mamak berhampiran dengan rumah awal bulan Syawal lalu, saya kagum melihat pokok pudina tumbuh subur dalam pasu bunga yang ditanam bersama dengan pokok hiasan lain.  Kagum kerana beberapa kali percubaan saya menanam pokok pudina, gagal. Walaupun ramai menyimpulkan pokok ramuan ini termasuk dalam kategori mudah untuk ditanam. Pernah beberapa tahun lepas, berhasil menanam pokok pudina. Beli anak pokok dari penjual di pasar minggu tetapi pokok pudina itu mati kerana ditinggalkan tanpa penjagaan ketika pulang ke kampu...