Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Dijemput Pencipta Untuk Pindah Dunia

Perkhabaran sedih datang bertali arus. Virus Corana COVID 19 Varian Delta telah menjangkiti kalangan orang-orang yang terdekat dengan saya. Terkejut, sayu dan pilu. Variaini menjangkiti walaupun kebanyakkannya telah mendapatkan vaksin selengkapnya. Serangannya sangat cepat dan kejam hingga meragut nyawa. Memang benar ini hanya asbab kepada kematian. Sesungguhnya perjanjian antara kita sebagai hamba dengan Pencipta telah sampai tepat pada masanya. Sedetik tidak terlewat. Pada pagi Isnin kira-kira jam 7:05, 20 September 2021 bersamaan 13 Safar 1443 Hijrah, seorang lagi sahabat menghembuskan nafasnya. Selamat pindah dunia sahabat. Semoga roh Allahyarham Dzafar Dato' Haji Hanifa dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. *Kenangan Arwah bersama-sama dengan koleksi keris kepunyaannya. 

Pulau Pesakit COVID19, Pulau Bekas Pesakit

Pulau. Pulau pesakit. Pulau bekas pesakit. Pulau keluarga pesakit.  Pernah baca mengenainya. COVID 19 bukan baharu dalam masyarakat. Malah sudah bertukar statusnya kepada endemik kini, memulaukan tindakan yang sangat tidak patut.  Masyarakat kota sering dianggap tidak mengutamakan hidup bermasyarakat. Lebih mengutamakan perihal diri dan keluarga sendiri berbanding masyarakat di kampung yang disifatkan hidup bagai aur dengan tebing. Saling mengambil berat dan mengutamakan semangat kejiranan. Sangat menyedihkan apabila mengetahui ada segelinitr masyarakat di sebuah kampung (yang sampai ke pengetahuan saya) mula memulaukan. Sehingga wujud kumpulan-kumpulan dalam media sosial menghebahkan dengan tujuan untuk menjarakkan diri. Sedangkan tatkala itu keluarga tersebut sedang diuji dengan COVID 19. Ada anggota keluarga yang meninggal dunia. Ketika itulah sokongan yang kuat daripada masyarakat sangat diperlukan. Lebih menyakitkan, keluarga yang telah disahkan sembuh pun turut dipulauka...

Kembali Ke Pangkuan Pencipta

 "Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali" Genap seminggu, arwah adik istimewa kesayangan saya dijemput Illahi kembali ke pangkuanNya. Awal pagi ini, seorang sahabat pula dijemput Yang Maha Esa. Selamat berehat panjang Angah dan Jaja. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi kalian. Sebanyak manapun kami menyayangi kalian, tak terbanding sayangnya Allah terhadap kalian. Hilang sudah segala kesakitan yang kalian tanggung selama hidup di dunia yang fana ini.