Skip to main content

Jerebu - Bernafas Guna Insang

Jerebu datang lagi.

Bencana hasil usaha manusia.

Ini adalah antara jerebu terburuk sejak tahun 1997 dan 2015. Sehingga Malaysia tersenarai di tempat pertama sebagai negara pencemaran udara tertinggi. Menjejaskan seisi persekolahan, tentunya. Sekolah terpaksa ditutup beberapa hari di beberapa buah negeri. Kelmarin, pengumuman penutupan sekolah selama dua hari di Pulau Pinang, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.


budak sekolah sahaja nafas guna paru-paru, kita ni nafas guna insang...




memang kitaorang bernafas guna insang...



Ini antara ketidakpuasan hati yang banyak dimomokkan di media sosial. Mengapa pengecualian dan 'keistimewaan' hanya kepada warga sekolah sahaja?

Jangan begitu kawan-kawan.

Terfikirkah anda, ada kalanya kita sebenarnya berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding orang lain.

Contoh, polis trafik yang sedang bertugas ini. Dalam udara yang tidak sihat ini, beliau berhadapan dengan risiko yang lebih besar berbanding dengan kita sendiri.

Jerebu, satu hal.

Asap kenderaaan lagi.

Asap rokok lagi. Oopppsss...



Ini merupakan gambar seorang polis trafik yang bertugas seperti yang dirakamkan jurukamera Harian Metro melalui artikel bertajuk, Topeng muka N95 tapis jerebu pada Jumaat, 13 September 2019.

Persoalannya, polis trafik ini hanya memakai topeng muka perubatan.


Kementerian Kesihatan mengeluarkan maklumat mengenai pemakaian topeng muka yang bersesuaian untuk melindungi diri daripada jerebu. Mohon MAJIKAN bekalkan topeng bersesuaian sekiranya pekerja anda terlibat dalam tugasan lapangan di luar pejabat. Tolong prihatin.

Jadi kawan-kawan 'nampakkan'.

'Nampak' tidak mengapa kita perlu pandang kiri kanan di sekitar kita?

'Nampak' tidak, bukan hanya kita yang tidak mendapat 'keistimewaan'.



Pelajar-pelajar sekolah tergolong dalam golongan berisiko tinggi untuk mendapat kesan buruk ketika jerebu.

Namun masih banyak yang perlu dipertingkatkan oleh pihak pemerintah kerana jerebu seperti sudah menjadi acara tahunan. Takkanlah itu-itu sahaja usaha yang ada apabila jerebu kembali menyerang. Antaranya, pengurusan bencana perlu memperhalusi semula SOP. Penutupan sekolah memberi impak lain kepada ibubapa. Ada cabarannya. Nanti akan diulas.

Kesimpulannya, bukan hanya kita yang bernafas dengan insang ya... Jangan marah... Banyakkan istighfar. Salam Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...