Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

National Dyslexia Awareness Month

Tahniah Liew Daren

Saya pernah menulis tentang Liew Daren sedikit masa dahulu. Hari ini saya gembira membaca berita tentang kejayaan beliau. Sekali lagi, tahniah.

Jerebu - Bernafas Guna Insang

Jerebu datang lagi. Bencana hasil usaha manusia. Ini adalah antara jerebu terburuk sejak tahun 1997 dan 2015. Sehingga Malaysia tersenarai di tempat pertama sebagai negara pencemaran udara tertinggi . Menjejaskan seisi persekolahan, tentunya. Sekolah terpaksa ditutup beberapa hari di beberapa buah negeri. Kelmarin, pengumuman penutupan sekolah selama dua hari di Pulau Pinang, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor . budak sekolah sahaja nafas guna paru-paru, kita ni nafas guna insang... memang kitaorang bernafas guna insang... Ini antara ketidakpuasan hati yang banyak dimomokkan di media sosial. Mengapa pengecualian dan 'keistimewaan' hanya kepada warga sekolah sahaja? Jangan begitu kawan-kawan. Terfikirkah anda, ada kalanya kita sebenarnya berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding orang lain. Contoh, polis trafik yang sedang bertugas ini. Dalam udara yang tidak sihat ini, beliau berhadapan dengan risiko yang lebih besar berbanding de...

Chosen For This Gift

Sekarang ramai yang memanggil anak istimewa sebagai anak syurga. Bukan semua ibubapa berpeluang memikul amanah, mempunyai anak yang tidak normal. Bagaimanapun semua ibubapa mempunyai anak syurga. Semua anak-anak yang dikurniakan Yang Maha Esa itu asalnya putih bersih. Seumpama dari syurga.  Cuma yang membezakan ada antara anak istimewa kekal istimewa kerana tidak memiliki waima secalit dosa. Status turun dari syurga, kekal selamanya. Tentulah itu hadiah istimewa daripadaNya. Alhamdululillah. Sedang mengutip semangat daripada Barb Felt melalui bukunya tentang anak beliau, Amy Evelyn Felt .  Mari kita baca sama-sama.    

Doctor Room + Penyakit CIPA

Terjebak lagi dengan kdrama selepas sekian lama meninggalkannya.  Doctor Room atau Doctor John . Siapa yang belum tonton, sila berbuat demikian. Apa lagi kalau anda hendak tahu sesuatu yang baharu. Ianya berbaloi. Ada orang tengok sebab hero. Hero Justin Ji Sung . Pelakon yang lain, saya tak kenal hahaha Mendidik dalam berhibur. Saya orang awam. Saya suka topik baharu atau topik yang jarang dapat perhatian, diketengahkan. Kali ini Drama Room mengetengahkan isu kontroversi iaitu  euthanasia dan penyakit yang jarang ditemui iaitu  CIPA . Buat saya bersungguh kemudiannya mencari tahu untuk dapatkan maklumat lebih jelas. Euthanasia - sukar hendak dijelaskan. Bahasa mudahnya, menamatkan hayat seseorang oleh anggota dari bidang perubatan. CRPS - rasa sangat sakit sehingga tidak boleh disentuh pun. Lawan CRPS adalah CIPA. Sungguh agung Pencipta manusia. Menciptakan rasa sakit. Menciptakan sakit tanpa rasa. CIPA - deria rasa tidak bertindak bala...