Siapa suka tengok Chef Jamie Oliver memasak?
Ada orang memang suka memasak.
Ada orang suka cuba resipi-resipi baharu.
Ada orang tak suka memasak tapi suka sangat tengok rancangan memasak.
Saya percaya ramai orang kenal siapa Jamie Oliver. Sama seperti ramai orang kenal Orlando Bloom tapi bukan peminat beliau.
Jamie Oliver bukan sahaja pakar memasak tetapi juga buat kempen pemakanan sihat untuk kanak-kanak.
Sepanjang tengok Jamie Oliver beraksi, ada nampak Jamie Oliver berbeza? Rasanya, belum pernah.
Kalau Jamie Oliver tak mengaku disleksia, ada orang awam akan tahu beliau disleksia?
Jamie Oliver seorang disleksia. Boleh rujuk temubual dan artikel dalam internet. Disleksia tidak dicerminkan melalui rupa bentuk fizikal atau perlakuan seseorang.
Mengapa tiba-tiba muncul dan menulis tentang ini?
Sampai masanya akan saya jelaskan, Insyaallah.
Comments
Post a Comment