Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Macam-macam berlaku sepanjang Ramadan kali ini. Ada mengulang cerita yang sama. Tahun-tahun sebelumnya Palestin bermandi darah, tidak ada bezanya pada tahun ini. Pada Ramadan kali ini. Tembak dan bunuh membunuh itu, tidak pernah berhenti. Keadaan ini bahkan berlarutan sepanjang tahun. Cuma tidak jadi perhatian dunia sebagaimana tahun lepas. Apakah anda masih terus memboikot? Merisik khabar melalui cerita-cerita dan gambar-gambar yang dimuatkan daripada saudara-saudara di Palestin melalui facebook, rasa sedih mengigit-gigit. Keadaan tidak berbeza di Syria atau di Xinjiang. Ya, keadaan di Xinjiang masih sebagaimana sebelumnya. Memang ada yang menafikan. Keadaan di sana nampak tenang tanpa kekecohan. Sekiranya itu yang dipaksakan saban tahun, sudah jadi lali tentunya tetapi ada juga yang mengugahkan kerana umat Islam di China bukan hanya di Xinjiang. Umat Islam di Beijing, Shanghai dan tempat-tempat lain di China, tidak dikenakan sekatan. B...