Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Railway Pasembor - The Best Pasembor in Ipoh

Lauk pauk yang dijual di Kafe, itu - itulah juga. Hari ini tak bawa bekal. Tak sempat memasak. Semalam balik kerja rasa penat lain dari selalu. Cepat je mata lelap. Tiba-tiba rasa macam nak makan pasembor. Belum jumpa lagi pasembur di ibu kota ini yang sesedap pasembor di Ipoh. Pada halnya baharu lepas pekena Sabtu yang lepas. Sesiapa yang pergi ke Ipoh, jangan lupa singgah di Railway Pasembor. Tambah-tambah kalau pergi ke The Lost World Of Tambun . Memang sudah tak jauh pun hendak ke Tanjung Rambutan. Ini bukan stesen keretapi Ipoh tapi di Tanjung Rambutan.  Mudah hendak cari sebab tepi jalan.Gigih ambil gambar sebab ada nombor telefon di situ. Ini dia rupa pasembor yang sedap itu. Hmmm... Masa dalam pantang melahirkan anak-anak, memang telan air liur tengok adik-adik makan hahaha... Sekarang giliran adik telan air liur... hahaha... Kejap je, nanti boleh makan dan makan lagi... Jangan lupa cuba makan mee rebus juga. Mee rebus pun sedap. Alamak, jadi la...

Cinta Park Jung Hwan & Shin Ha Gyung - Rahsia Demi Rahsia (Bahagian II)

Sesuai sekali tajuk drama ini, Punch . Setiap episod, ada tumbukan yang dilepaskan. Memilih berpisah daripada Lee Tae Joon, satu tumbukan daripada Park Jung Hwan kepada ketuanya itu. Bagaimanapun harus diingat, beliau mesti bersedia menghadapi tumbukan lawan. Bahkan tumbukan daripada Ha Gyung juga. Membiarkan salah faham Ha Gyung terus membelenggu, membuatkan keduanya jatuh dalam perangkap yang dipasang Lee Tae Joon. Lee Tae Joon bertekad membalas dendam pada Jung Hwan yang disangka penyebab abangnya membunuh diri. Rahsia pembedahan Jung Hwan gagal, satu kelebihan buatnya. Lee Tae Joon mengarahkan Jung Hwan menutup mulut Kim Sang Min yang sedang dalam perjalanan untuk disoal siasat, kes pembunuhan penyelidik Auto Seijin. Dadah demerol yang didapatkan daripada Dr Jang Min Suk,  jadi pertaruhan. Jung Hwan terdesak memerlukan ubat penahan sakit. Berderai harapannya sama seperti demerol yang pecah di tangan Lee Tae Joon. Tekad Ha Gyung mengheret Jung Hwan, ke muka penga...

Salam Jumaat - Semoga Yang Kosong Bolong Kembali Terisi

Kosong Bolong Terkadang segala serba tidak menjadi Segala tidak ada yang kena Salah belaka Habis helah daya dan upaya Kadang-kadang Dan kerana lemahnya kita sebagai hamba Dan kerana semua itu aturanNya Dan kerana apa yang berlaku itu adalah ujian memperkuat lagi diri manusia Dan sebetulnya kerana setiap sesuatu yang pedih itu akan membuat kita lebih kuat Dan akan membuatkan kita menyerah sepenuhnya kepadaNya Di bahuNya, kita menangis Di telingaNya, kita mengadu Atas kasih sayangNya, kita rasa bahagia dalam esakan Kita pun bangun untuk terus hidup Kemudiannya Gagal lagi Kita tersedu lagi Rasa kerdil lagi Terhina lagi Kosong bolong Gagal lagi Kita kembali berdiri BersamaNya terasa bahagia Ulang dan ulang Sehingga akhirnya Dia menghadiahkan Bukan lagi senyum tetapi tawa Anehnya Kita rasa dewasa oleh pengalaman * Ya Allah, Kau bantulah, Liew Daren untuk bangun lagi . Pagi-pagi ini, Jumaat yang mulia tiba-tiba rasa sebak apabila baca dan lihat gambar Liew Dar...

Cinta Park Jung Hwan & Shin Ha Gyung : Masih Adakah Cinta? (Bahagian I)

Dalam kebanyakkan sinopsis tentang drama Punch ini, korupsi adalah temanya. Memang betul ini drama yang mengetengahkan isu penyelewenggan, salah guna kuasa dan rasuah yang memualkan. Ini memang bukan drama melankolik atau romantik. Namun setelah menonton episod demi episod, saya simpulkan paksinya adalah cinta . Ini tentang cerita cinta Park Jung Hwan dan Shin Ha Gyung. Pengenalan episod, Park Jung Hwan bermula garang. Sisi lembut Kim Rae Won sebagai Park Jung Hwan hanya terlihat ketika beliau menyantuni keluarganya iaitu ibu, adik perempuan dan anak perempuannya. Hubungan antara beliau dan bekas isterinya, Ha Gyung tegang kerana perbezaan prinsip hidup. Layanan mesra terhadap Ha Gyung hanya berlaku di hadapan Ye Rin, anak mereka. Ha Gyung terlihat sebagai dinding penghalang cita-citanya. Niat baik Ha Gyung untuk Jung Hwan berpatah arah, kembali ke jalan yang benar bukan terus sesat dalam terang, tidak diendahkan. Oleh itu, Ha Gyung tekad hendak membongkar salah guna kuasa Lee...

Salam Jumaat : Akhlak Yang Baik vs Kedudukan Ekonomi Yang Bagus

Jumaat penghulu segala hari tiba lagi.  "Ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu jika kita terus sisasat dan tahan ahli perniagaan di saat-saat sebegini. Boleh menyebabkan anti-sentimen perniagaan." "Apakah bezanya ketua keluarga yang kita tahan dan hukum? Ketua keluarga yang bertanggung jawab ke atas ekonomi keluarganya". -Petikan dialog Menteri Kehakiman Yoon Ji Sook dengan Pendakwaraya Shin Ha Gyung dari drama bersiri Punch (episod 7) -   Kekayaan. Kedudukan. Dunia masih membezakan status quo seseorang hatta dalam menetukkan hukuman kepada pesalah. Renungkanlah.