Aidilfitri sangat berbeza sekali, kali ini. Kemeriahannya tak terasa. Bagaimana hati hendak suka, kalau melihat semua derita ini. Palestin terus bermandi darah para syuhadah. Jenazah mangsa MH17 belum dapat disemadikan. Malah usaha mencari masih diteruskan. Mangsa MH370 masih belum ditemukan. Tidak nampak jalan terang dalam usaha pencariannya. Benar, ini semua tidak ada pertalian darah dengan saya tetapi jauh di lubuk hati yang paling dalam, ini adalah kemanusian. Ini memerlukan penglibatan langsung saudara sesama Islam. Pemimpin-pemimpin Islam. Saat Palestin diletupkan, mangsa-mangsa umat Islam lain terus ditindas tanpa belas. Kita bercakap tentang mangsa-mangsa lain di Myanmar, selatan Thailand, Xinjiang China, Iraq, Syria, Mesir, Afghanistan dan tempat-tempat lain. Semua tanpa pembelaan sewajarnya. Pemimpin-pemimpin beragama Islam, kebanyakkannya memeluk tubuh. Berkuasa tetapi berkecuali atau buta mata hati. Terjadinya tragedi seperti ini, tebal rasa malu kerana pemimpin-pemim