Hari ini 16 Mei 2013 adalah hari guru. Selamat menyambut hari guru buat semua pendidik. Terima kasih. Jasa kalian yang sangat besar hingga tiada tara nilainya.
Buat bakal pendidik termasuk adinda tersayang, Nazariah: selamat berusaha. Berazamlah menunaikan tanggung jawab dengan ikhlas dan besar hati. Insya Allah anda pasti bukan sahaja diraikan anak-anak didik tetapi dikenang hingga akhir hayat.
Pagi ini ketika kebanyakkan orang sedang nyenyak tidur, saya mencuba resipi coklat yang baru. Bukan tunjuk rajin tetapi itu sahaja masa yang sesuai. Si kecil permata hati, tidur. Sejak kehadirannya sukar sekali untuk menjalankan eksperimen coklat. Entah mamai, entah tergesa, percubaan saya gagal. Bukan salah resepi. Salah saya sepenuhnya. Cekatan mencari alternatif sebagai hadiah hari guru. Dua beradik ke sekolah hari ini tetap bawa sesuatu untuk cikgu. Harap sudi cikgu semua menerima hadiah yang tidak seberapa. Terima kasih kerana mendidik anak-anak saya.
Comments
Post a Comment