Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Calvin Thoo Saudara Baru

Alhamdulillah. Sangat gembira sehingga sebak rasanya mendapat berita bertambah lagi saudara baru kita, umat Islam. Tahniah diucapkan kepada beliau. Alhamdulillah, besar rahmat Allah SWT. Foto-foto yang dirakamkan ketika beliau mengucap dua kalimah syahadah. Sebelumnya pereka fesyen Michael Ong memeluk agama Islam dengan nama Othman Abdullah Seng Yip. Foto-foto koleksi rekaan Calvin Thoo di Islamic Fashion Festival 2011 . Semoga industri fesyen negara juga akan terus berkembang dengan lebih baik lagi. Teringat akan novel 'Hujan Sudah Teduh' karya Zaharah Nawawi . Juga basah dalam ingatan cerita Mohd Zul Lee Abdullah . Cabaran untuk kita yang memang beragama Islam ini untuk memberi sokongan dan menunjukkan contoh yang baik sebagai umat Islam. Bagi diri saya yang lemah, menunjukkan contoh yang baik itu satu cabaran. Terasa diri sangat-sangat kecil tatkala mengulit buku-buku 'Liku-liku Pencarian Nur Islam' dan ' Allah Is Callin...

Terima Kasih Cikgu

Hari ini 16 Mei 2013 adalah hari guru. Selamat menyambut hari guru buat semua pendidik. Terima kasih. Jasa kalian yang sangat besar hingga tiada tara nilainya. Buat bakal pendidik termasuk adinda tersayang, Nazariah: selamat berusaha. Berazamlah menunaikan tanggung jawab dengan ikhlas dan besar hati. Insya Allah anda pasti bukan sahaja diraikan anak-anak didik tetapi dikenang hingga akhir hayat. Pagi ini ketika kebanyakkan orang sedang nyenyak tidur, saya mencuba resipi coklat yang baru. Bukan tunjuk rajin tetapi itu sahaja masa yang sesuai. Si kecil permata hati, tidur. Sejak kehadirannya sukar sekali untuk menjalankan eksperimen coklat. Entah mamai, entah tergesa, percubaan saya gagal. Bukan salah resepi. Salah saya sepenuhnya. Cekatan mencari alternatif sebagai hadiah hari guru. Dua beradik ke sekolah hari ini tetap bawa sesuatu untuk cikgu. Harap sudi cikgu semua menerima hadiah yang tidak seberapa. Terima kasih kerana mendidik anak-anak saya.