Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Tolong Doakan - Batuk Berterusan

Pada hari terakhir 2012, saya berkejar ke hospital. Semalamnya kami ke klinik kerana rawatan yang diterima sebelum ini tidak memberi kesan yang baik. Batuk Adik Fitri semakin teruk. Doktor di klinik tidak mahu memberikan rawatan lanjutan sebaliknya merujuk Adik Fitri ke hospital. Awal pagi Adik Fitri muntah dan mula demam. 38.8C. Urusan di hospital tidak lancar. Malah pada mulanya doktor keberatan menerima rujukan daripada doktor di klinik swasta. Atas alasan Adik Fitri cuma batuk. Namun saya berkeras. Batuk ini sudah berlanjutan ke bab lain pula iaitu demam. Saya bukan ada ilmu dalam bidang perubatan tetapi saya sangat pasti ini bukan petanda baik . Barulah doktor setuju untuk merawat. X ray dibuat dan kahak cuba disedut keluar. Adik Fitri muntah tetapi tidak ada kahar yang keluar. Keputusan x ray juga menunjukkan Adik Fitri dalam keadaan yang baik. Doktor memutuskan tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana bayi sememangnya akan lebih lambat pulih, berbanding orang dewa...