Skip to main content

Senyum, Senyum & Senyum

Minggu lepas, Khamis demam dan selesema menyerang. Malam sebelumnya sepincing pun mata tidak dapat lelap. Sebagai tambahannya, kepala sakit seperti hendak pecah. Ini semua tambah campur pada sakit yang sedia ada, yang belum juga mahu pergi-pergi.

Saya cuba pisahkan tempat tidur daripada si kecil. Takut berjangkit. Bukankah mencegah itu lebih baik? Cewah! Nanti keadaan akan tambah parah kerana kesihatan saya belum pulih. Mulanya berjalan seperti yang dirancang. Tetapi tak sampai sejam, anak teruna itu buka pintu bilik. Mencebik hendak tidur sama.

"Tak boleh! Nanti berjangkit!". Bawa keluar bilik. Minta ayahnya peluk dia kuat-kuat.

Jeng, jeng, jeng. Tak lama selepas itu, datang lagi. Buka pintu lagi. Cebik lagi. Pujuk-pujuk pun tak jalan juga. Sudahnya memang kami tak dapat dipisahkan!


Pagi Jumaat keesokkan harinya, rutin berlangsung seperti biasa. Anak dara saya kehairanan dan terus bertanya, "Mummy hendak pergi kerja?"

(Anak sunti saya ini pernah ajukan soalan, "Mama itu Mummy ye? Ummi tupun Mummy kan?!". Saya iyakan. Sejak itu suka-suka hatinya guna kata ganti nama diri bagi Emak kepada Mummy, Mama, Ibu dan yang seerti dengannya. Lagi-lagi mendengar kawan-kawan dan sepupu-sepupunya memanggil Emak masing-masing dengan kata ganti nama berbeza daripada dirinya. Lagi buat tawanya kuat kerana saya layankan sahaja kreativitinya itu. Bukan apa-apapun cuma ganti nama diri sahaja.)

"Pergi. Kerja banyak."

"Nanti macam mana, semua orang kat office Mummy berjangkit!"


Saya balas dengan senyum atas prihatinnya itu, dan ciuman di pipi. Alangkah baiknya... Ya, alangkah baiknya jika dapat dihadapi semuanya ini, situasi ini: timun dan durian ini dengan senyuman. Senyum dengan spontan. Bagaimana teruk dilenyek durian, senyum. Bagaimana luka dihimpit durian pun, senyum. Masih belum boleh menerima dengan senyum, senyum dan senyum. Walaupun senyum boleh berjangkit. Serasa tipisnya iman.

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik-baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerlah untuk menang

Comments

  1. Assalam kembali Syida..semoga cepat pulih seperti sediakal. Terima kasih di atas ucapan hari lahir buat anak-2 akk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...