Skip to main content

Pangkor, Pengajaran & Pendaftaran


Pulau Pangkor, kami ke sana hari minggu yang lalu. Sebetulnya atas urusan kerja suami, kami menumpang. Hendak nantikan percutian yang dirancang, agak susah. Ada sahaja rintangan di saat akhir.

Namun disulami dengan kejadian yang kurang menyenangkan. Tiba-tiba Adik sakit. Terakhir Adik sakit begitu pada 22 Mac lalu. Sejak dimestikan mengambil ubat 2 kali dalam sehari, belum pernah sakit Adik berulang walaupun ketika demam teruk. Mujur ada Emak dan Ayah, jadi keadaan terkawal. Andai kami berempat sahaja, tentula sangat panik kerana Adik sakit lebih daripada sekali dan kami berada dalam bot sedang mengelilingi pulau. Pengajaran kepada kami, Adik tidak boleh terdedah dalam cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Lebih memilukan Emak pula disahkan demam denggi sebaik pulang dari Pangkor.


Sekejap sahaja masa berlalu, sudah sampai masanya Kak Long menjejak alam persekolahan. Jenuh saya dan suami mencari pra sekolah yang bersesuaian. Perancangan awal, Kak Long akan bersekolah di sebuah masjid. Saya merancang menempatkan kedua beradik ini di taska tempat saya bekerja. 16 Ogos, saya daftarkan sekolah dan bas sekolah. Masalahnya tiada tempat pula untuk Adik di taska. Januari lalu, saya sudah hubungi taska, katanya tidak ada masalah jika saya tempatkan Adik di taska tahun hadapan kerana Adik tidak lagi memegang status bayi. Ogos, katanya tempat sudah penuh. Hanya ada tempat untuk Kak Long. Janjinya saya akan dihubungi pada November memaklumkan keputusan samaada anak-anak saya ada tempat ataupun tidak di taska. Kini sudah hampir penghujung November, tiada sebarang berita dan saya sudah jemu menghubungi.

Suami sendiri sebenarnya tidak yakin anak-anak kami akan mendapat tempat di taska. Jadi sejak Ogos, kami mula mencari pra sekolah yang lain untuk Kak Long. Memang banyak pra sekolah, tetapi hendak cari pengangkutan pula masalahnya. Anak saya masih sangat kecil untuk dibiarkan naik bas sekolah sendiri tanpa pengawasan. Kami pula tak mungkin dapat menghantar dan menjemputnya setiap hari. Lagi pula kami tak mahu memisahkan Kak Long dan Adik. Akhirnya, hari ini baru dapat sekolah yang sesuai dengan khidmat pengangkutan yang lebih diyakini. Lega sikit.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...