Esok adalah harinya. Samaada menang atau tidak, lusa adalah harinya. Sibuk, letih dan berdebar. Rasa sedikit lega kerana semua persiapan telah diatur rapi. Sebenarnya saya tidak begitu berharap akan menang kerana projek kami tidak segah dibandingkan dengan lain-lain kumpulan. Namun saya seronok kerana kami telah sedaya upaya memasukkan semua alatan yang disyaratkan. Ianya nampak cantik, kemas dan teratur. Paling penting, datanya lengkap dan dari sumber-sumber yang sahih. Kalah menang adat pertandingan. Saya berserah sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa. Menang, mesti bersedia untuk ke peringkat seterusnya dan ... Kalah pula, bersedialah ... Inilah warna hidup!
Dalam masa yang sama, rutin tugasan hakiki mesti berjalan lancar seperti biasa. Keadaan kesihatan keluarga pula tidak begitu memuaskan. Harapan saya kesihatan mereka kembali pulih seperti sediakala. Amin. Rasanya sehingga penghujung tahun 2010 ini, memang takkan menang tangan mengendalikan semua urusan. Oh, saya masih berhutang menulis artikel. Alamak, sempat ke?
Comments
Post a Comment