Skip to main content

Bahasa dan Bacaan

Usai sudah kelas bahasa Melayu tinggi yang dianjurkan oleh PTS Sdn Bhd semalam. Setinggi-tinggi penghargaan buat PTS Sdn Bhd, khususnya Puan Ainon dan Ketua Editor PTS Islamika atas budi baik kalian yang sedia berkongsi ilmu. Ada lagi kelas-kelas yang lain pada minggu-minggu seterusnya dalam bulan Julai ini tetapi saya sendiri tidak begitu pasti samada boleh hadir ataupun tidak. Keinginan itu ada, tambah melonjak pula selepas menghadiri kelas semalam namun perempuan yang telah berumah tangga ini ada banyak campur tolaknya. Kalau ada rezeki, Insya Allah.

Tidak sah rasanya kalau tidak kongsikan ilmu ini. Sewaktu menyampaikan kuliahnya, Puan Ainon memberikan gambaran yang jelas bagaimana bahasa memainkan peranan dalam kehidupan. Beliau juga berikan perbezaan antara bahasa Melayu tinggi dengan bahasa komoditi. Sekaligus menunjukkan kelebihan menggunakan bahasa Melayu tinggi.

1. Penggunaan perbendaharaan kata yang lebih banyak

2. Penggunaan sistem imbuhan yang lebih banyak

3. Penggunaan kata sendi

4. Semantik

5. Stuktur ayat yang lengkap

6. Frasa

7. Penggunaan peribahasa, simpulan bahasa


Pemerolehan bahasa, salah satunya adalah daripada pembacaan. Melalui pembacaan, ayat-ayat dibaca akan terakam di dalam memori. Oleh itu, pilihlah bahan bacaan yang baik dan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Sebagai penerbit tentulah beliau menyarankan bahan-bahan bacaan terbitan syarikat PTS Sdn. Bhd. untuk dibaca. Sejujurnya, saya belum begitu banyak memiliki koleksi dari syarikat PTS Sdn. Bhd. Selama ini saya cendurung memilih bahan bacaan berdasarkan penulisnya seperti Faisal Tehrani, Isa Kamari, Azizi Haji Abdullah, Khatijah Hashim dan beberapa nama lagi. Saya akui tidak semua koleksi bahan bacaan saya daripada hasil penulis ternama ini memberi kepuasan tetapi saya tak rasa rugi. Ini kerana kebiasaannya setiap karya mereka, sedikit sebanyak ada ilmu yang saya dapat daripadanya. Contohnya, ada perkataan yang jarang kita gunakan dan saya tak tahu maknanya. Inilah masa selak kamus.

Saya sudah lama berhenti membeli novel popular sebab saya rasa rugi dan tak puas membacanya. Novel popular biasanya lebih ringan isinya. Namun bukan semua novel popular itu tidak bagus. Ada yang jalan ceritanya menarik tetapi kebanyakannya boleh ditebak dan saya jadi bosan. Saya pula jenis yang suka sangat siaran ulangan. Baca, baca, baca dan baca lagi.

Emak pun pelik sebab saya ulang baca novel 'Ibu yang Kusayang' sampai sekarang. Sedangkan ayah belikan novel itu ketika saya di sekolah rendah. Kalau anda rajin carilah novel itu. Penulisnya, Sharifah Hasnah. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya berani jamin, memang berbaloi memilikinya. Entah masih ada di pasaran atau tidak.


Saya pernah jumpa novel 'Senjakala' dijual dengan harga RM2.00. Novel 'Senjakala' ini karya Baharuddin Kahar dan pernah dijadikan buku teks subjek kesusasteraan Melayu. Sedih sangat rasanya. Saya beli kerana sayang nilai novel itu tak setimpal dengan harganya walaupun saya sudah miliki senaskhah di rumah. Lebih murah daripada 'Perempuan politikus Melayu' karya Faisal Tehrani, yang saya beli dengan harga RM7.00. Ini barisan penulis yang pernah memenangi anugerah. Sayang sekali karya-karya terbaik anak bangsa mendapat layanan sebegitu. Renung-renungkanlah semula slogan, Bahasa Jiwa Bangsa.


* Terima kasih Syada @ Puan Epal atas doa dan ingatan. Semoga kita sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...