Pesta buku antarabangsa sedang berlangsung di PWTC. Anda sudah ke sana? Jumaat lepas saya berkejar ke sana. Seperti diduga, susah mencari parkir. Sudahlah bawa kereta suami. Maksudnya saya mesti lebih cermat dan lebih berhati-hati. Bukanlah kalau kereta sendiri, saya boleh ambil mudah tetapi namanyapun pinjam bermaksud mesti lebih rapi menjaga amanah. Walaupun kepunyaan suami sendiri! Kami makan di Secret Recipe kerana menurut selera perempuan mengandung yang saya bawa bersama. Jangan marah ye. Ampun, sudahlah menunggu lama kerana restoran penuh, apa yang dihajati tak dapat, menunggu makanan dihidangkan pun memakan masa yang lama. Hati saya sudah bulat biar apapun saya nekad ke pesta buku walaupun masa yang ada begitu suntuk. Berdua dengan Ipah. Perempuan mengandung itu, kami tinggalkan dalam jagaan Syada. Masakan bawa dia dalam celahan ramai manusia, di tengah rembang pula. Sebenarnya saya berkira-kira mencari novel yang baik untuk adik. Koleksi novel kepunyaan saya, dia telah khata...