Hampir sebulan anak-anak di Taska. Hampir sebulan saya tanpa pembantu. Ada pro. Ada kontra. Hari ini, mata rasa berat sekali. Saya cuma dapat tidur dua jam kerana Adik Ngah kembung perut. Hari-hari sebelumnya, rutin harian saya belum begitu lancar. Tekanan tidak hanya pada anak-anak tetapi saya akui, saya juga. Sebelah tangan. Sebelah tangan mencuci pinggan. Sebelah tangan menyidai kain. Sebelah tangan melipat kain. Sebelah tangan kerana Adik Ngah mahu berdukung semata. Sebelah tangan untuk rutin harian. Sebelah tangan mendukung Adik Ngah. Perasaan tidak selamat, takut ditinggalkan menjadikan pergerakan saya lambat dan terbatas. Sedikit hari nanti, saya akan bertukar jadi emak yang tangannya kental-kental! “Sangat letih!” Itu reaksi pertama saya kepada suami. Namun ini pilihan saya. Saya percaya saya perlukan masa walaupun sering bisikkan kepada anak-anak, saya perlukan kerjasama mereka. Seolah-olah si kecil berdua akan lebih memahami. Sememangnya saya mengharapkan begitu tetapi penge...